Thursday, March 18, 2010

Pinjaman Buku Melalui Pos Dilancar Julai

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melancarkan perpustakaan digital dikenali sebagai "UBIQUITOUS" pada Julai ini bagi membolehkan orang ramai meminjam buku secara online tanpa perlu datang ke perpustakaan.

Buku yang dipinjam itu akan dihantar melalui Pos Malaysia.

"Hasrat ini adalah untuk mengubah pemahaman masyarakat, dengan memasarkan perkhidmatan ilmu pengetahuan, dan bukan sekadar membaca serta meminjam buku di perpustakaan," kata Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar semasa mengulas tentang usaha perpustakaan digital pada pelancaran Community of Practice (CoP) ke-7 di PNM di sini.

Community of Practice adalah satu program inovasi komuniti perpustakaan untuk turun ke padang bagi memasarkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

"Sektor perpustakaan mesti mengambil tindakan proaktif untuk memperinci, mengkaji dan menganalisis segala isu terkini yang dihadapi oleh masyarakat serta melahirkan idea-idea berkonsep baru dan digital untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan bertaraf dunia," kata Raslin.

Pengarah Perkhidmatan Perpustakaan Digital, Nafisah Ahmad, pula berkata bagi memudahkan proses pemulangan buku, masyarakat boleh menghubungi Pos Malaysia untuk mengambil semula buku pinjaman tersebut di rumah mereka, dengan dikenakan sedikit bayaran, ataupun memulangkannya sendiri di beberapa Pejabat Pos.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET