Saturday, January 30, 2010

SUARA MAHASISWA

Dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditahan ketika berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti universiti berkenaan.

Kedua-dua aktivis kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) itu - Muhammad Huzaifah Jusof Khadidi dan Muhd Zarimi Mohamad @ Abdullah - ditahan di masjid universiti berkenaan pada jam 3 petang tadi.

Mereka bagaimanapun dibebaskan 30 minit selepas itu dan diminta ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang ini untuk memberikan keterangan.

Difahamkan sebelum itu berlaku pergelutan kecil antara pihak polis dan kumpulan pelajar.

Seorang pemimpin kumpulan tersebut memberitahu Malaysiakini, bermula jam 2.30 petang tadi, kira-kira 200 mahasiswa berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti.

Difahamkan pro-M menganjurkan demonstrasi tersebut bagi membantah keputusan pilihan raya di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina yang didakwa tidak tepat.

Wednesday, January 27, 2010

RM4.00 untuk MSSM!

Seorang ahli parlimen hari ini mempertikaikan kewajaran Kementerian Pelajaran memotong bajet untuk program Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) kepada RM1.5 juta berbanding RM6 juta tahun lalu.
Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, ia memandangkan pelajar sekolah diwajibkan membayar yuran sebanyak RM4 setahun bagi MSSM.

"Kalau pelajar (yang berjumlah) empat juta, didarab dengan RM4 seorang, sepatutnya ada (jumlah) bajet sebanyak RM 16 juta,” katanya merujuk kepada laporan akhbar mengenai tindakan kementerian tersebut memotong bajet berkenaan.

Laporan pada 13 Januari lalu, antara lain menyebut, sebelas jenis sukan - termasuk bowling, memanah, ping-pong dan kapal layar - digugurkan daripada 24 jenis sukan untuk kejohanan MSSM peringkat kebangsaan.

Laporan tersebut memetik kenyataan pengarah bahagian sukan, kesenian dan ko-kurikulum Kementerian Pelajaran Jamie Alip yang berkata, hanya 13 jenis sukan MSSM dipertandingkan tahun ini kerana "kekurangan bajet."

Lim dalam pada itu menjelaskan, acara sukan itu tidak sepatutnya digugurkan kerana ada di antaranya termasuk dalam program 'Road to London 2012', satu program untuk menyediakan atlet negara bagi memenangi pingat di temasya Sukan Olimpik tahun depan.

"Jadi saya galakkan persatuan-persatuan sukan yang berkaitan ini supaya buat bantahan kepada kementerian pendidikan," katanya.

Lim berkata demikian dalam sidang media selepas menghantar satu memorandum bantahan kepada pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di pejabat Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu beliau turut menggesa Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang juga timbalan perdana menteri supaya memberi penjelasan berhubung kedudukan perkara ini.

"Kalau (Muhyiddin) sangat sibuk sebagai timbalan perdana menteri dan asyik ke luar negara, saya minta timbalan menteri pelajaran Datuk Wee Ka Siong yang jelaskan," katanya lag

Monday, January 25, 2010

GEGARAN KECIL DI BATU NIAH DAN SUAI SARAWAK



Gegaran kecil dilaporkan dirasai di Batu Niah dan Suai di Sarawak berikutan gempa bumi berskala rendah yang berlaku berhampiran Batu Niah pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran berskala 3.2 Richter itu berlaku pada 7.47 pagi berpusat kira-kira 26 km dari Batu Niah, 90 km barat daya Miri dan 99 km di timur laut Bintulu.

Menurut kenyataan itu lagi sebelum ini gegaran lemah berskala 3.3 Richter pernah berlaku di kawasan itu pada 12.13 tengah hari 23 Dis tahun lalu.

Thursday, January 21, 2010

70 juta menjelang 2100

Malaysia dijangka mempunyai 70 juta penduduk menjelang tahun 2100.

Tahun lalu negara menyambut kedatangan 516,645 bayi, iaitu peningkatan 3.9 peratus atau 20,231 berbanding tahun 2008.

Selangor kekal dengan kadar kelahiran paling tinggi iaitu 80,110 diikuti dengan Sabah mencatatkan 60,190 dan Johor seramai 58,597, menurut statistik yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pada 2008, Selangor mendahului dengan 76,932, Johor 58,517 dan Sabah 51,773.

Jumlah kematian tahun lalu ialah 129,922 berbanding 123,335 pada tahun 2008, peningkatan 5.1 peratus atau 6,587.

Selangor juga negeri yang mencatat kadar kematian yang paling tinggi iaitu 16,494 diikuti Johor 15,749 dan Perak 15,467.

Menurut laman web Jabatan Perangkaan Negara, jumlah penduduk Malaysia pada 2007 mencapai 27.17 juta dan meningkat kepada 27.73 juta pada 2008 dan dianggarkan bertambah kepada 28.31 juta bagi 2009.

Sejak beberapa tahun lalu, penduduk dalam lingkungan umur 15 hingga 64 tahun merupakan 63 peratus daripada jumlah penduduk negara, 32 peratus berumur bawah 15 tahun manakala selebihnya berumur 65 tahun ke atas.

Cina mempunyai saiz keluarga paling kecil

Pensyarah Pusat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Marshitah Mohd Radzi berkata Malaysia mempunyai kadar kelahiran yang sihat sejak 10 tahun kebelakangan ini.

"Ini merupakan satu pertumbuhan yang sihat jika dilihat dari segi kemampuan rakyat Malaysia yang boleh menampung kelahiran tersebut," katanya.

Beliau berkata mengikut Dasar Kependudukan 1985, Malaysia dijangka mempunyai 70 juta penduduk pada 2100.

Marshitah berkata kadar kelahiran haruslah bersifat positif dan mempunyai kadar kelahiran yang bersifat serata di kawasan bandar mahupun luar bandar.

"Saiz keluarga yang makin bertambah akan mengakibatkan perbelanjaan sesuatu keluarga turut bertambah. Maka kependudukan yang positif dicapai ketika elemen saiz keluarga dan pendapatan dicapai sama-sama,” tambah beliau.

Marshitah berkata menurut analisis demografi, saiz keluraga yang paling kecil di Malaysia ada daripada etnik Cina, diikuti oleh kaum India.

Kaum Melayu masih mempunyai saiz keluarga yang ramai, katanya.

Sunday, January 17, 2010

BELAJAR BUAT CUP CAKES DI HAPPY ANGELS

Chef sedang sibuk memberi penerangan
Bergambar kenangan

Cantik tak?
Sedang mencuba bakat


Saturday, January 16, 2010

AKIL HAYY DATANG KE TELUK INTAN?


Tersebutlah kisah tentang kedatangan Akil Hayy ke Teluk Intan pada 15.1.2010. Betulke? tanya seorang rakan. Poster dah berlambak kena tampal pun tak percaya? Tak sangka saya melangkah kaki untuk mendengar ceramahnya. Ramai juga orang muda dan golongan tua yang hadir. Memang Akil mempunyai peminat tersendiri walaupun kontroversi tentang rumah tangganya belum betul-betul reda lagi. Apa yang dapat saya ceritakan adalah seperti berikut:
1) Semua terpegun dengan kelunakan suaranya
2) Tersenyum dan tertawa dengan lawak jenakanya
3) Terdiam apabila cerita pembelaan diri Akil tentang isu rumah tangganya
Konklusinya Akil Hayy memang mengharapkan pentas ceramah untuk membersihkan imejnya pada mata masyarakat.

Wednesday, January 13, 2010

AWASI PELAJAR-PELAJAR KITA!

Lambakan pil dan serbuk khayal murah, bahan bacaan berunsur seks dan lucah serta pil perangsang seks masih didapati dijual secara terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan belia di sekitar ibu negara, menurut Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPA).

Presiden MCPA Ravi Ponnan berkata berdasarkan pemantauan NGO itu, cakera padat lucah, pemetik api dan kad permainan daun
terup yang memaparkan imej wanita separuh bogel turut dijual.

"Kesemua barangan ini dan juga alat renjatan elektrik dan pistol mainan berkualiti tinggi juga boleh didapati dengan mudah dan murah di pasar-pasar awam dan kedai runcit," katanya dalam satu sidang media.

Ravi berkata sebagai contoh, sejenis ubat khayal buatan India yang didakwanya boleh menyebabkan kanser boleh didapati dengan harga 60 sen di pasar malam, kedai runcit dan juga restoran mamak.

"Ia berupa serbuk kasar yang merupakan campuran pinang dan tembakau. Meskipun ia bukan dadah, namun ia boleh memberi efek khayal selepas 15 minit memakannya, malahan di India serbuk ini diharamkan.

"Ubat ini menjadi tarikan kepada pelajar sekolah memandangkan harganya yang amat murah. Pelajar-pelajar ini menipu guru dan ibu bapa dengan mengatakan kononnya ia adalah ubat sakit kepala sedangkan mereka sudah ketagih ubat tersebut," kata Ravi.

Saturday, January 9, 2010

BOSAN MENGHADAP BUKU?

Adakah anak anda mudah bosan menghadap buku

bored child Masalah ini bukan dihadapi oleh anda seorang. Memang rata-rata pelajar sukar memberi fokus dalam pelajaran.
Tetapi ini tidak berlaku bila mereka menonton TV atau bermain komputer. Kenapa?
kid with computer
Mahukah anda melihat anak-anak anda menggunakan komputer bukan lagi untuk bermain "game" tetapi untuk melengkapkan diri menghadapi peperiksaan?
Malah mereka akan secara sukarela membuat latihan tanpa dipaksa lagi! Mereka gembira, anda lagi gembira melihat mereka berjaya!

Kini revolusi telah berlaku..

Dengan produk yang kami tawarkan, anda tidak perlu risau lagi tentang pencapaian akademik anak-anak anda. Anda boleh memantau perkembangan mereka dengan lebih mudah dan anak-anak anda akan lebih yakin dalam peperiksaan.
tick Anak-anak boleh buat latihan secara online semua topik yang diajar disekolah darjah 1 sehingga tingkatan 3 (tahun ni akan diperkenalkan untuk tingkatan 4 dan 5). Silabus dikemaskini mengikut kementerian
tick Jawapan disemak serta merta oleh sistem (tak perlu tanda sendiri lagi)
tick Boleh ulang topik yang telah dibuat lagi dan lagi dengan soalan berbeza dari bank soalan yang besar. Ini bagus untuk latih tubi topik yang lemah dan tak perlu padam kertas/beli buku baru untuk buat semula soalan.
tick Ada soalan trial exams sekolah cemerlang dan past year exams sejak tahun 1993.
tick Untuk eExams akan set masa seperti exam sebenar. Bila dah habis terus auto-submit. Sangat bagus untuk melatih menjawab seperti peperiksaan sebenar
tick Ibubapa ada login berasingan untuk memantau prestasi semua anak yang berdaftar
tick Ibubapa boleh set SMS dihantar setiap kali anak selesai membuat latihan. Berapa markah, berapa lama siap latihan dsb. Jadi dapat monitor anak buat kerja dan performance anak2
tick Report card real time disediakan untuk melihat prestasi anak. Subjek mana lemah, topik mana lemah sehingga boleh tengok soalan mana yang silap dijawab oleh anak

Ciri-ciri program Score A

Banyak lagi modul dan kelebihan lain dalam program Score A yang akan membantu anak-anak anda dalam pelajaran dan juga membantu anda memantau perkembangan mereka. Berikut ialah gambarajah modul yang terdalam dalam program Score A

ciri-ciri score a program

Demo penggunaan sistem Score A (e-Topic)



Berikut dipaparkan catatan tentang Kertas 1 Bahasa Melayu SPM 2009 (November)

NOV 2009
Bhg A
Pendapat
Faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai badan beruniform. Individu/Masyarakat/Negara
Bhg B
1 Perbincangan Usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak menjadi insan yang berguna . Keluarga
2 HuraianKebaikan-kebaikan bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah dalam kalangan masyarakat Masyarakat
3 Penjelasan Kepentingan memahami sejarah penubuhan negara kita demi memupuk rasa cinta akan negara Negara
4 Rencana Kesan pemanasan global terhadap bumi dan hidupan. Antarabangsa
5 Penjelasan Pengajaran-pengajaran daripada sebuah novel yang dibaca .

Thursday, January 7, 2010

MEDIA ALTERNATIF LEBIH ADIL PAPARKAN BERITA, MEDIA CETAK HILANG TARING

"Akhbar sedang berdepan dengan cabaran-cabaran dari portal berita dan blog yang menyediakan kepada orang ramai berita dan pandangan yang sama ada tidak disiarkan atau tidak diberi keutamaan di media cetak," katanya.

Oleh itu, tambahnya, persoalannya ialah sama ada pihak akhbar semakin kehilangan relevannya dalam membentuk pendapat awam mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada negara dan rakyat.

Menurut NUJ lagi, penerbit media juga digesa supaya tidak keterlaluan memainkan isu-kau perkauman dalam penerbitan mereka.

"Malah, industri persuratkhabaran sedang berdepan dengan krisis kredibiliti, ekoran wujudnya kecenderungan untuk membandingkan berita-berita yang dimuat dalam akhbar, dengan yang disiarkan oleh media alternatif," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, orang sudah berhenti membaca surat akhbar kerana mereka rasa ia tidak lagi menawarkan nilai bagi wang yang dibelanjakan untuk membelinya - satu kecendurungan yang ketara, terutama selepas pilihan raya umum 2008.

Oleh itu, katanya, pemilik media mesti memberi perhatian terhadap persekitaran semasa dan membuat penilaian semula secara jujur untuk menyekatkan kemerosotan tersebut yang memberi kesan kepada kehidupan wartawan, editor, jurugambar dan kakitangan sokongan yang lain.

Menurut NUJ, ketika parti-parti politik sedang mengusahakan perubahan dan mengambil langkah-langkah untuk memenuhi tuntutan pengundi, industri media pula masih terperangkap dalam kepompong masa.

"Pemilik media mesti menyedari bahawa pembaca merupakan pengguna yang mempunyai pilihan dan altenatif untuk mendapatkan maklumat.

"Jika keadaan semasa ini dibiarkan berterusan, maka akan tiba masanya apabila akhbar akan kehilangan peranannya sebagai penyedia maklum balas kepada kerajaan.

Monday, January 4, 2010

KDN AKAN FAILKAN RAYUAN(PENGGUNAAN KHALIMAH ALLAH)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

Esok, kementerian itu akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

"Notis penangguhan pelaksanaan perintah itu akan difailkan esok di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur manakala notis rayuan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini," kata Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said semasa dihubungi, lapor Bernama.

Semasa Mahkamah Tinggi mengumumkan keputusan itu pada 31 Disember, Kamaluddin telah memaklumkan kepada mahkamah yang beliau akan mendapatkan arahan lanjut daripada KDN dan kerajaan sama ada akan merayu atau memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu.

Hakim Datuk Lau Bee Lan memutuskan mengikut Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan itu bagi tujuan tunjuk ajar dan pendidikan penganut agama Kristian.

Beliau juga berkata mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan "Allah" untuk menyebarkan agama itu kepada orang Islam tetapi bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan keagamaan.

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi 'God' dalam bahagian bahasa Malaysia. Perkataan 'Allah' digunakan secara meluas di kalangan pelbagai etnik beragama kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri memberikan justifikasi bagi larangan penggunaan perkataan itu oleh majalah itu atas alasan demi keselamatan negara dan mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET