Saturday, May 29, 2010

KEINSAFAN





Wahai sekeping kertas
Biarlah aku menulis
Dengan sepenuh perasaan
Tanpa ragu-ragu
Biarlah aku menulis
Tanpa sedikit pun kekesalan dalam diri ini
Biarlah aku menulis bersama duniaku
Yang dipenuhi dengan bermacam-macam imaginasi
Biarlah aku menulis dengan airmata
Yang mengalir kerana sedih, gembira
Kerana aku hanyalah manusia lemah
Yang selalu melakukan dosa
Kerana aku jugalah manusia lemah
Yang selalu melupakan DIA

Aku hidup hanya kerana
Aku adalah khalifah di muka bumi ini
Tetapi aku tahu
Aku gagal menjadi khalifah itu
Ketika di Luh Mahfuz dulu
Aku pernah berjanji
Aku akan beribadah hanya untuk-MU
Tetapi aku gagal melaksanakannya


Aku lalai dengan duniawi
Yang penuh dengan drama dan tipu daya
Aku leka dengan zaman ini
Yang penuh dengan gelak ketawa
Tetapi penuh dengan dusta
Aku tertipu dengan semua ini
Aku termakan dengan janji-janji BODOH

Ampunkan aku YA RAHMAN...YA RAHIM...
Ampunkan aku
Yang terlalu leka dengan duniawi
Ampunkan aku yang selalu melupakan-MU
Ampunkan aku
Yang sentiasa tertipu
Dengan helah-helah mereka yang juga leka
Ampunkan juga dosa-dosa kedua ibubapaku
Mereka terlalu baik untukku
Mereka terlalu sempurna untukku

Maafkan aku
Kerana tidak menghargai mereka
Maafkan aku
Kerana telah membuatkan mereka menitiskan air mata
Kerana kejahatanku


Ampunkan dosa-dosa umat ISLAM
Ampunkan mereka YA ALLAH
Kerana mereka tidak sedar
Mereka masih ada ALLAH
Yang selalu membuka pintu taubat untuk mereka
Ampunkan mereka YA ALLAH

Ampunkan aku YA ALLAH
Kerana telah mencintai seseorang lebih dari-MU
Ampukan segala dosa-dosaku YA ALLAH

Saturday, May 22, 2010

HUJUNG MINGGU YANG AMAT BERMAKNA




Hari Jumaat,Sabtu,dan Ahad amat dinantikan oleh kami sekeluarga. Apa tidaknya,hujung minggulah kami sekeluarga dapat bersama. Terubat rindu anak-anak,kembali ceria wajah-wajah mereka dan menu masakan juga perlu istimewa. Berjalan pada waktu malam lalu menikmati suasana santai di hadapan Menara Condong memang dapat merehatkan minda. Minggu ini memang meletihkan apatah lagi anak-anak ada yang demam,cirit-birit,dan ada juga yang lelah. Syukur alhamdulillah semuanya telah sihat.

GAMBAR KENANGAN SAMBUTAN HARI GURU 2010





Saturday, May 15, 2010

GOTONG-ROYONG


Berhenti sekejap makan nasi lemak
Rajin betul Cikgu Amin


Baju pink ni semangat betul!

Dengar arahan dulu ya

SELAMAT HARI GURU

Hari ini hari guru,sudah 19 tahun hari ini disambut namun inilah hari guru yang paling menyentuh hati. Perasaan sedih masih terasa mengenangkan suami yang telah ditukarkan ke Kuala Lumpur. Dengar cerita ada lagi beberapa orang guru yang ditukarkan ke luar Perak kerana dikatakan pembangkang. Tak sangkakan, guru-guru ditukar sewenang-wenangnya tanpa didengar hak mereka untuk membela diri. Adakah ini suatu tindakan yang matang? Mungkin mereka berasakan tindakan tersebut akan mengecutkan hati-hati mereka yang tidak berpuas hati dalam apa jua perkara lalu menjadikan hati dan mata mereka buta kepada kebenaran. Inilah suatu tindakan reverse yang tidak bertamaddun kerana membuktikan fikiran dan kepimpinan yang tidak matang.. Biarlah masyarakat berfikir dan sedar betapa jumudnya cara mereka mentadbir guru.

Thursday, May 13, 2010

KISAH SI BONGSU


Sambung cerita Si Bongsu yang tak habis-habis rindukan ayah. Dalam sehari lebih kurang 7 atau 8 kali telefon ayah,tanya ayahnya makan,minum apa?Rupa-rupanya kanak-kanak apabila rindukan seseorang mereka akan gelisah,cepat merajuk atau mengamuk termasuklah malas nak mandi,pakai baju atau apa sahaja tingkah laku yang dapat menarik perhatian orang lain. Mungkin inilah yang diingini oleh mereka untuk menyeksa mental mereka yang suka mengkritik. Dalam dunia serba maju,langit terbuka serta dunia abad 21 ini,jelas benar pemikiran terbuka sebenarnya tidak wujud malah menyindir kerajaan melalui komik amat dilarang. Kesan kepada pemikiran masyarakat tidak dihiraukan yang penting membangkang tidak dibenarkan malah akan dijatuhkan hukuman tanpa bicara.

Monday, May 10, 2010

MAK, ADIK RINDUKAN AYAH....


Baru 5 jam ditinggalkan ayah, anak yang bongsu dah mengucapkan rindu akan ayahnya. Sambil memeluk dan mencium dahi si bongsu aku memujuk,"ayah pergi kejap sayang,jumaat ayah baliklah". Lama-lam kelamaan si bongsu terlena dalam pelukan. Tadi di sekolah ada sahabat mengiakan memang cikgu SMKSeri Perak yang menghantar nama kepada Pengarah Pendidikan melalui link di PPD Hilir Perak. Memang dunia ini tidak adil kerana suami dihukum tanpa didengar pembelaannya. Tiba-tiba si bongsu merungut lagi petang ini,adik rasa nak nangis mak, rupa-rupanya air mataku lebih dulu bergenang. Mungkin mereka yang busuk hati itu seronok sangat sampai tepuk kaki tetapi dia lupa tuhan akan balas,tidak pada dirinya,suami atau isteri atau anak-anaknya juga.

Saturday, May 8, 2010

Friday, May 7, 2010

JOM ROUND KL!

Inilah bilik suami di KL

Berbahagialah mereka yang berdendam lalu menukarkan suami ke KL,niat khianat dapatlah dosa. Rupa-rupanya KL taklah jauh sangat,alah bisa tegal biasa. Banyak pengalaman.

Wednesday, May 5, 2010

REAKSI KAWAN-KAWAN APABILA SUAMI DITUKARKAN KE KL,


"Itulah taknak fikir panjang,..kan dah susah."
"Apa yang kita dapat kalau jadi pembangkang?"
"Kita ni tak ada kuasa,terikat,tak boleh komen banyak-banyak"
Reaksi positif dan menyejukkan jiwa pun ada,
' Oh my God! kejamnya."
"Banyakkan bersabar,amalkan doa Nabi Yunus"
"Inilah perjuangan,tiada perjuangan yang tidak diuji Allah"
"Tabahkan hati,semuanya ada hikmah"
"Jangan susah hati,telefon kalau perlukan pertolongan"
"Memang kejam dan busuk hati"Tuhan akan balas"
"Doa orang yang dizalimi makbul"
"Are you ok,my dear?"

Apapun ucapan kawan atau sahabat,berat lagi bahu yang memikul,alhamdulillah, semuanya cabaran,terima kasih sahabat, prihatinmu membaja dan mengukuhkan minda.

Monday, May 3, 2010

MASAK TENGAHARI SEBELUM SUAMI BERANGKAT KE KL



IBUKU SAYANG..


Hingga ke saat ini
kedut wajah,tangan bercantum
bersatu dengan seribu memori hidupmu
jerih payah,suka duka menapak dan merayap
dalam membesarkan anakmu.

Ibuku,
jangan lagi risau dan resah
damailah ibu di bawah lembayung senja
semoga ibu tenang melihat seribu burung yang terbang
semoga ibu tersenyum riang melihat bunga-bungamu yang mekar.

Saturday, May 1, 2010

GENERASI SEKARANG PANDAIKE MAKAN BUAH TERATAI

LAPARNYA......


Udang dan cendawan goreng kentucky

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET