Thursday, December 31, 2009

ZAMAN JOLI KATAK SUDAH BERAKHIR

Zaman 'joli katak' sudah berakhir dan wang 'loteri minyak' makin berkurangan, khususnya akibat kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

"Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

"Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita," katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

"Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya," katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi.

Wednesday, December 30, 2009

JEPUN CIPTA IKAN EMAS LUTSINAR


TOKYO - Para penyelidik Jepun berjaya menghasilkan ikan emas lutsinar yang membolehkan orang ramai melihat hati haiwan itu.

"Anda boleh melihat hati dan organ-organ lain secara langsung kerana sisik dan kulit ikan ini tiada pigmen," kata Profesor Madya Yutaka Tamaru dari Jabatan Sains Hidupan, Universiti Mie.

"Anda tidak perlu membedah ikan itu (untuk melihat isinya). Anda boleh melihat otak kecil di atas mata ikan tersebut," jelasnya.

Sekumpulan penyelidik Universiti Mie dan Universiti Nagoya di tengah Jepun melakukan kajian selama dua tahun untuk menghasilkan ikan itu.

Ikan itu dijangka mampu hidup sehingga 20 tahun dan membesar sepanjang 25 sentimeter dengan berat lebih dua kilogram.

Ia dihasilkan dengan memilih ikan emas mutan yang mempunyai kulit pucat dan membiaknya bersama-sama.

Monday, December 28, 2009

KEK BATIK




Anak-anak sibuk suruh buat kek batik,jadi buatlah ikut resepi sendiri. Resepi asal oleh Cikgu Halimaton bt Ghazali tetapi telah diubahsuai.
Bahan-bahan: 500g roti marie( dipecahkan),1 tin susu pekat,3 cawan milo, 2 sudu farmcow.
Masukkan farmcow(buter) dalam kuali,setelah cair masukkan susu dan milo
lalu kacau lagi lebih kurang 4 minit. Masukkan biskut marie,kacau sebati. Se-
sederhana panas baru bungkus dalam plastik ,bentukkan panjang teapi bulat
supaya mudah dipotong setelah disejukkan dalam peti sejuk.

Sunday, December 27, 2009

ALLAH AKAN SENTIASA BERSAMA

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"


Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"

[Al Fajr 89:15-16]

Jangan begitu sayang
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.

Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

[Al Baqarah 2:216]

...

Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi

Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi

...
...
...

Tapi ...

Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi

Siapa?

...
...
...

Allah, sayang.
Allah.

Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.

Ya!
Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu

Allah ada untuk setiap masa
Kapan sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

[Al Baqarah: 186]

jangan biar sampai Allah murka pada kita

Saturday, December 26, 2009

PEJUANG BAHASA MELAYU

ejuang bahasa Melayu

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


DI bilik bacaan peribadi di rumahnya bersama koleksi buku.

Bagi Baha Zain tiada istilah bersara daripada menulis, menyampaikan pandangan, berkongsi pendapat dalam memperjuangkan bahasa kebangsaan

KETIKA melayari blog milik bahazain (Datuk Baharudin Zainal), penulis tertarik dengan perenggan akhir pada muka utama yang memetik kata-kata Prof A Rahman Shaari, 'Baharuddin Zainal Pengkritik Sastera dan Penyair,' dalam Esei & Puisi Baha Zain (2000).

Katanya, '....Baharuddin Zainal ialah pengkritik sastera yang cukup berjaya. Ia sebenarnya berjaya akibat daripada sikap berhati-hati yang ada padanya dan sikap itu sentiasa dipeliharanya. Sikap berhati-hati itu menyebabkan kritikannya kerap kali mengandungi isi yang bernas, dan isi itu disampaikan melalui bahasa yang kreatif. Elok saya tegaskan, bahawa tidak besar jumlah pengkritik sastera yang berkeupayaan membina bahasa yang kreatif'.

KAJI DULU TETAPI SAMPAI BILA?

KDN masih kaji buku Barry Wain


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengkaji kandungan buku tulisan Barry Wain bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," sebelum membuat keputusan mengenai pengedaran buku itu di Malaysia.

Menurut kenyataan KDN hari ini, kajian itu adalah satu proses biasa kepada mana-mana penerbitan di dalam dan luar negara dan buku tulisan Barry Wain tidak terkecuali daripada menjalani proses sama.

"Kajian itu bagi memastikan ia tidak menimbulkan sebarang kemudaratan kepada keselamatan dan kententeraman rakyat Malaysia.


"KDN mempunyai masa selama 60 hari bagi menentukan sama ada untuk meluluskan atau sebaliknya pengedaran buku itu di Malaysia," menurut kenyataan itu.

Isnin lalu, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menolak laporan sebuah portal berita propembangkang kononnya pihak KDRM telah menahan 800 naskhah buku itu di Pelabuhan Klang sejak empat minggu lalu.

Dalam bukunya, Wain yang bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal, mendakwa kononnya Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.co mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidakpun mencecah RM10 bilion.

Dr Mahathir turut mempersoalkan mengapa Barry Wain yang kini berpangkalan di Singapura begitu berani dan bersungguh-sungguh mahu menulis serta mendedahkan isu membabitkan pemimpin Malaysia.

"Dia tahu kalau dia menulis apa-apa menentang pemimpin Singapura, dia akan diheret ke mahkamah, disaman dan dipaksa membayar ganti rugi dalam jumlah yang banyak.

HARI ASSYURA

RUSSIA AKAN HARAMKAN PENDUDUK MABUK

MOSCOW - Presiden Rusia, Dmitry Medvedev (gambar) semalam membayangkan akan memperkenalkan undang-undang yang mengharamkan pemandu memandu dalam keadaan mabuk sebagai usaha menangani kemalangan jalan raya semasa cuti perayaan.

"Seseorang yang mabuk, hilang kepala. Dan kita tahu, rakyat suka minum minuman keras. Saya berpendapat, kita perlu mengharamkan pemabuk memandu kenderaan," kata Medvedev dalam satu temu ramah dengan stesen televisyan.

"Saya tidak pasti jika ada orang yang akan gembira (mengharamkan pemandu mabuk).

"Namun, saya berpendapat, kita perlu melakukannya. Saya akan memperkenalkan pindaan undang-undang jalan raya," kata Medvedev.

Pada Julai lalu, undang-undang Rusia dipinda dengan membenarkan pemandu mabuk memandu kenderaan.

Namun, had alkohol yang dibenarkan dalam tubuh ialah 0.3 sejajar dengan standard keselamatan jalan raya antarabangsa.

Rusia merupakan antara negara yang memiliki rekod terburuk keselamatan jalan raya.

Menurut perangkaan kerajaan, sebanyak 33,000 orang maut pada 2006.

Thursday, December 24, 2009

TAHNIAH KEPADA CALON PMR 2009

Lama tak jumpa,banyak ceritanya.
Senyuman calon 8A dan 9A
Tak percaya? Nak tengok!
Senyuman paling manis!Tentunya 9A.
Mana perginya budak 3A2 ini?

Tuesday, December 22, 2009

EMAK,PERUT DAH LAPAR............

Udang tempura


Kari ikan merah
Kari kambing



KUALA LUMPUR YANG SESAK

Konvensyen Blogger PAS
Teramat letih setelah berjalan kaki

Dalam letih, sempat berpossing



Cantik pula gambar kat sini

Keluarga yang meminati bidang seni lukis


Wajah-wajah yang keletihan


Muka ceria minggu ini

Driverpun happy juga






JALAN-JALAN MASA CUTI

Dalam Muzium Arkeologi Lenggong,Perak.
Mencecah kaki di Air Terjun Lata Kekabu


Dalam gua kat Muzium Arkeologi


Pekan Grik yang nyaman.







Sunday, December 20, 2009

NEGARA AJAIB MALAYSIA"PROF ABU HASSAN"


Gelombang media baru iaitu internet begitu mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia dan ini kerana media di Malaysia begitu konservatif dalam memaparkan berita. Media di Malaysia tidak bersifat terbuka dan ini menyebabkan rakyat Malaysia mencari media alternatif seperti internet. Semua pihak mesti bersedia dengan perubahan abad ke-21 ini dan meraikan situasi ini kerana ia tidak mungkin berpatah balik. Selepas internet, media sosial seperti Facebook,Myspace,Twitter,Friendster,WAYN,dan pelbagai lagi akan mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Semoga tahun baru ini menjadikan kita lebih perkasa jiwanya,lebih hebat usahanya,lebih cepat langkahnya,lebih tabah hatinya. Apapun yang pahit jangan diulang dan jadikan sempadan untuk mengorak langkah gemilang dalam menuju keberkatan Ilahi. Kentalkan semangat juangmu dalam meniti hidup yang sementara ini. Semoga kita sama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Tuesday, December 15, 2009

NAIKKAN TARIF ELEKTRIK BUKTI KEBAJIKAN RAKYAT TIDAK DIDAHULUKAN.

Kurangkan untung IPP sebelum naikkan tarif elektrik
SM Mohamed Idris
Dis 14, 09
12:15pm
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sekali lagi mengulangi gesaan kepada kerajaan supaya mengkaji semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) sebagai ganti menaikkan tarif elekrtik.

Premis bagi mengkaji semula PPA adalah mudah. IPP menghasilkan keuntungan berlebihan yang ditanggung oleh pihak industri dan pengguna Malaysia, dan mereka kini diminta untuk memotong lebihan itu bagi manfaat negara keseluruhan.

Keuntungan berlebihan dikumpulkan melalui peraturan yang melihat banyak IPP mendapat manfaat dalam persekitaran risiko yang hampir sifar atau amat minimum. Bayangkan, dilindungi daripada risiko sejak daripada pembinaan sehinggalah kepada peringkat operasi serta dalam pembiayaan projek.

Kontrak Kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan (EPC) menjaga risiko dalam kenaikan harga, kelewatan pembinaan, dan tukaran asing manakala penalti seperti kegagalan untuk memenuhi tarikh siap dan bagi pelaksanaan yang tidak memenuhi piawaian distrukturkan dalam perjanjian O & M dengan pihak OEM (Pengeluar Peralatan Asal).

Sebagai tambahan, hampir semua pinjaman IPP adalah dalam mata wang ringgit. Jika IPP boleh membuat keuntungan yang begitu besar dengan hampir tiada risiko yang terlibat, mereka seharusnya memberikan kembali kepada orang ramai melalui kajian semula PPA.

Monday, December 14, 2009

PEMIMPIN YANG DIREDHAI ALLAH

Konflik dalam kalangan pemimpin merupakan perkara biasa, bukan sahaja di Malaysia , malah di banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Namun, cara dan suasana konflik tersebut diselesaikan adalah yang lazimnya menarik perhatian.

Cara dan suasana konflik juga berbeza diantara satu sama lain. Agak mengecewakan apabila konflik sebegini biasanya berjaya diselesaikan dengan lebih baik dalam kalangan pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin Islam itu sendiri. Walhal, panduan dari AlQuran dan Hadis sudah berada di tangan mereka untuk bertindak sebagai pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’.

Sebenarnya terdapat beberapa item yang memungkinkan pemimpin itu untuk benar-benar ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan. Bukan hanya terpimpin dengan selamat di dunia, malah juga di akhirat nanti. Sepertimana pesan seorang guru kepada anak muridnya ; ["Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"]

Item pertama pemimpin ialah iman.


Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.

Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.

Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.

Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.

Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.

Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].

Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.

Item keempat ialah ‘kemahiran komunikasi’.

Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Antaranya ialah, bercakap dengan terang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh mereka. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.

Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.



Sumber: sinarhati


Thursday, December 10, 2009

BAHAYANYA SIFAT MARAH

MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.


Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.

Allah s.w.t berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

"Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.

Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.

Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.

Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.

Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.

Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan 'pintas' iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.

Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang 'membara' akibat marah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:

  • Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

  • Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

  • Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

  • Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

  • Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

  • Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

  • Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.

  • Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

  • KANAK-KANAK PINTAR

    Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar
    www.iluvislam.com
    Oleh : Mohd Shahrul Naim*
    Editor: naadherah


    Sejujurnya saya memang berminat dalam mengkaji topik "kanak-kanak pintar". Izinkan saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua maklumat yang saya dapat:

    cool Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

    Pengamatan tinggi
    • Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

    Keinginan untuk tahu tinggi
    • Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

    Minat mendalam
    • Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

    Menerima infomasi dengan pantas
    • Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

    Ingatan yang tinggi
    • Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

    Mungkin dapat membaca lebih awal

    • Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

    Kerap membaca serta meluas
    • Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

    Tatabahasa yang tinggi

    • Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

    Tahap penumpuan yang lama
    • Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

    Kebolehan menyelesaikan masalah

    • Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

    Suka bertanya dengan lebih teliti

    • Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

    Keupayaan imaginasi yang tinggi
    • Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

    Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
    • Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

    Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
    • Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

    Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
    • Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

    Bersemangat dan bertenaga
    • Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

    Pandai berjenaka
    • Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

    Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
    • Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

    Perkembangan asynchronous
    • Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

    Wednesday, December 9, 2009

    MEMASAK LAGI






    Menu makan tengahari semalam, kari ayam,ikan keli berlada dan gulai tempoyak,petai bakar dan tidak dilupakan sambal belacan.

    SERONOK TENGOK BEKAS ANAK DIDIK BERKAHWIN




    Tuesday, December 8, 2009

    GELOMBANG PELIK

    Gelombang pelik punca kereta gagal dikunci automatik



    ALOR STAR: Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati kejadian pelik yang menyebabkan beberapa kenderaan tidak dapat dikunci secara automatik di Jalan Madhali berhampiran sebuah hospital swasta di sini adalah disebabkan wujudnya satu gelombang yang tidak diketahui asalnya.

    Pengarah Operasi SKMM, Ismail Othman, berkata ujian radiasi yang dijalankan di sekitar hospital swasta dan bangunan sekeliling tidak menemui gelombang setinggi 313 hingga 316 MegaHertz (MhZ) kecuali di Jalan Madhali saja.

    “Selepas ujian radiasi dijalankan didapati gelombang itu hanya dikesan di Jalan Madhali sepanjang 300 meter sehingga menyebabkan pemandu yang meletakkan kenderaan di situ menghadapi masalah untuk mengunci kereta secara automatik,” katanya.

    Siasatan ujian yang dilakukan sepasukan empat pegawai dari SKMM Wilayah Utara dari Butterworth, Pulau Pinang itu juga tidak menemui gelombang sama di Menara Alor Star, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian yang dikatakan punca kejadian pelik itu.

    Sunday, December 6, 2009

    DAGING MASAK LEMAK CILI API


    1/2 kg daging batang pinang
    Sebiji kelapa ambil santannya
    10/15 biji cili api
    1/2 inci kunyit hidup
    2 ulas bawang putih
    1/2 ulas bawang besar
    1 helai daun kunyit,sebatang serai
    garam dan secukup rasa serta sekeping asam gelugur/keping.
    Cili,bawang,kunyit ditumbuk.Serai dititik.Perah kelapa dan dapatkan santan,masak dan jangan lupa masukkan serai,daun kunyit,asam keping,garam dan secukup rasa. Pastikan daging empuk kalau tidak letih gigi mengunyahnya.

    Friday, December 4, 2009

    CERITA AKHIL HAYY LAGI..

    Heboh cerita Pengarah JAIS yang mempertikai kebolehan dan keilmuan Akhil Hayy dalam memberi ceramah. Pada pandangan saya Pengarah JAIS ini didesak oleh mereka yang cuba memberi tekanan kepada semua individu serta pihak yang menyokong Pakatan Rakyat. Seolah-olah seperti sengaja dirancang pihak tersebut telah melancarkan pelbagai aktiviti serta desakan yang seolah-olah menunjukkan kedaifan Pakatan Rakyat dalam berpolitik. Jangan risau, orang yang busuk tetapi menganggap diri mereka mulia dan wangi tidak sedar segala tindakan mereka membuka pekung di dada mereka sendiri. Memang pada pandangan saya Akhil Hayy mempunyai gaya tersendiri dalam berceramah namun seorang kawan saya iaitu seorang ustazah berpendapat pengisian ceramah Akhil tidaklah setinggi mana namun dapat menarik orang muda kepada Islam walaupun Akhil sendiri mempunyai banyak kelemahan hatta isu kontroversi tentang rumah tangganya sedikit masa dulu.
    Sepatutnya JAIS lebih bijak dan matang dalam menangani sebarang desakan dan tidak seperti lalang yang tidak berpendirian namun amat sukar untuk melihat kebusukan diri sendiri jika kita sentiasa di kelilingi oleh benda yang busuk. Kepada Akhil Hayy, jangan terlalu mudah mengeluarkan kata-kata, biar masyarakat menilai diri kita sendiri dan bukan diri kita yang mencanangkan kemuliaan diri sendiri.

    Wednesday, December 2, 2009

    APA RASIONALNYA STANDARD GURU MALAYSIA DILANCARKAN?

    Apabila sesuatu isu diketengahkan contoh yang belum basi lagi ialah "Guru Semborono", maka terfikirlah guru seterusnya masyarakat secara umumnya tentang kualiti seseorang guru yang berkemungkinan sama ada bertambah baik, tercalar dengan sesuatu yang negatif mahupun apa sahaja yang pastinya akan mencacatkan standard guru itu sendiri. Sepatutnya semua guru sedar tanggungjawab mereka untuk mempertingkat kualiti diri sendiri tetapi tidak semua guru mempunyai "kesedaran diri" ini. Memang betul terdapat guru yang hanya duduk membacakan buku teks kepada pelajarnya tanpa rasa segan hatta guru tersebut tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdiri. Hendak dikatakan mengandung guru tersebut lelaki. Ada juga aduan diterima yang menyatakan guru tersebut telah tidak mengajar karangan selama dua tahun beliau mengajar subjek Bahasa Melayu kepada sebuah kelas, dan yang menjadi mangsa guru yang menerima kelas tersebut di tingkatan tiga. Yang paling menyedihkan guru tersebut langsung tidak pernah meminta maaf atas segala perbuatannya kepada guru-guru yang terpaksa menanggung kesan daripada perbuatannya. Apakah beliau berasa semua tindakannya halal? Beliaulah guru semborono yang sepatutnya sudah lama dinyahkan dari sekolah kerana kehadirannya bukan membantu anak bangsa tetapi ........................ .

    STANDARD GURU MALAYSIA

    Standard untuk guru

    Oleh Veena Rusli
    veena@bharian.com.my


    MUHYIDDIN menyampaikan buku Standard Guru Malaysia (SGM) kepada Alimuddin sambil diperhatikan Musa (tengah) pada majlis Perasmian Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau di Tawau, semalam.

    Golongan pendidik mesti tingkat profesionalisme setara taraf global

    TIGA AMALAN NILAI

  • 1. Profesionalisme keguruan
  • 2. Pengetahuan serta kemahiran pengajaran
  • 3. Pembelajaran yang tinggi.

    TAWAU: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama.

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, berkata berdasarkan dokumen berkenaan semua guru mesti memiliki tiga aspek amalan nilai, iaitu profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.

    "Ketiga-tiga aspek ini adalah komponen penting yang mesti dicapai setiap guru," katanya pada sidang media selepas melancarkan SGM dan merasmikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tawau di Balung dekat sini.
  • Sunday, November 29, 2009

    PENGIKUT BLOG INI...

    AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

    AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET