MOSCOW - Presiden Rusia, Dmitry Medvedev (gambar) semalam membayangkan akan memperkenalkan undang-undang yang mengharamkan pemandu memandu dalam keadaan mabuk sebagai usaha menangani kemalangan jalan raya semasa cuti perayaan.
"Seseorang yang mabuk, hilang kepala. Dan kita tahu, rakyat suka minum minuman keras. Saya berpendapat, kita perlu mengharamkan pemabuk memandu kenderaan," kata Medvedev dalam satu temu ramah dengan stesen televisyan.
"Saya tidak pasti jika ada orang yang akan gembira (mengharamkan pemandu mabuk).
"Namun, saya berpendapat, kita perlu melakukannya. Saya akan memperkenalkan pindaan undang-undang jalan raya," kata Medvedev.
Pada Julai lalu, undang-undang Rusia dipinda dengan membenarkan pemandu mabuk memandu kenderaan.
Namun, had alkohol yang dibenarkan dalam tubuh ialah 0.3 sejajar dengan standard keselamatan jalan raya antarabangsa.
Rusia merupakan antara negara yang memiliki rekod terburuk keselamatan jalan raya.
Menurut perangkaan kerajaan, sebanyak 33,000 orang maut pada 2006.
No comments:
Post a Comment