Thursday, October 28, 2010

DOA SOLAT SUNAT DHUHA


Maksudnya:"Ya Allah bahawa waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di dalam bumi,keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah,jika haram sucikanlah.jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu,limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Saturday, October 23, 2010

TANDA-TANDA HATI KITA KERAS


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Wednesday, October 20, 2010

SEKOLAH HAMIL?


Seperti yang kita tahu, kelmarin adalah hari pertama persekolahan untuk pelajar yang hamil menjalani sesi pertama persekolahan mereka di sebuah sekolah di Melaka..

Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin telah di buka Jumaat lalu untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.Sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).Sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.Tenaga pengajar terdiri daripada guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar

Setakat ini, sudah ada 5 pelajar hamil yang berdaftar memasuki sekolah itu dan kepada yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.Penubuhan sekolah ini adalah untuk membolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.Manakala sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.

Sunday, October 17, 2010

NOSTALGIA APABILA MAKAN PENJAN UBI


Semasa kecil dahulu penjan ubilah makanan yang sering dijamah setiap hujung minggu. Anak-anak zaman ini perlu diajar untuk makan makanan tradisional ini kerana jika tidak tiadalah generasi pelapis yang mencintai penjan ubi. Bukan susah nak buat,rebus ubi yang dipotong dadu hingga empuk,air rebusan jangan dibuang lalu dimasukkan 3/4 cawan gula pasir dan 3/4 cawan gula merah. Masukkan daun pandan semasa merebus tadi. Kacau perlahan-lahan dan apabila sebati,tutuplah api. Sejukkan dan penjan ubi kayu siap dimakan. Resepi ini menggunakan 1 kg ubi kayu.

Saturday, October 16, 2010

CENDAWAN BUSUT

Cendawan busut memang sedap dimakan. Resepi saya mudah sahaja, tumbuh 10 biji cili api bersama 3 ulas bawang putih dan 1/ labu bawang besar. Tumis dengan 10 ekor udang dan masukkan 2 mangkuk cendawan,2 cawan air,1 sudu sos tiram,2 sudu sos cili.1/2 sudu secukup rasa,garam. Biarkan mendidih dan setelah masak dihidangkan sebagai pengganti sayur.

Saturday, October 9, 2010

FENOMENA MAHER ZAIN.


Seronoknya Maher Zain datang ke Malaysia. Memang itulah kata-kata yang keluar daripada semua peminat Maher Zain. Apa yang penting mesej lagu yang dibawa oleh Maher Zain dapat disemai lalu dipraktikkan dalam kehidupan kita seterusnya.

Wednesday, October 6, 2010

PERLUKAH KITA RASA DIHARGAI DALAM KEHIDUPAN INI


Semakin lanjut usia kita akan rasa cepat terluka,dipinggirkan dan pelbagai rasa yang menyentuh emosi. Jika dilayan perasaan ini tidak mendatangkan banyak kebaikan namun sedikit sebanyak perasaan ini mempengaruhi pemikiran kita. Bagi seorang anak perasaan ini perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh,bagi seorang ibu perasaan ini terlalu melukakan sanubari,dan bagi seorang bapa perasaan ini akan menggoncang peranannya sebagai seorang bapa.
Siapapun kita, kita perlu sedar peranan dan cuba menjaga perasaan orang lain agar kita saling melengkapi serta bahagia di dunia yang sementara ini.

Tuesday, October 5, 2010

PENCUCI PINGGAN MANGKUK COSWAY YANG SERBAGUNA

Ternyata warna sayur telah bertukar dan bertambah segar.

Rendam sekurang-kurangnya 1 minit

Monday, October 4, 2010

SERONOK APABILA ANAK DIKATAKAN ADIK..


Teringin hendak kongsi pengalaman tentang seorang sahabat yang bangga kerana awet muda apabila anak dikatakan adiknya dan bukan anak. Dengan tersenyum bangga sahabat saya seorang bapa anak lima ini menjeling anaknya di sebelah. Itulah dunia kita....jadikanlah umur yang Tuhan beri itu betul-betul bermanfaat.....walaupun dianggap muda daripada wajah kita sepatutnya bersyukur dengan rahmat yang diberikan. Bagi kita orang kaum wanita tidak hairan kelihatan tua daripada usia kerana segala jerih payah melahirkan anak telah menyebabkan wajah kami cepat berumur namun kami bangga dengan jasa ini. Menguruskan makan minum keluarga,mengemas rumah, keluar bekerja menolong suami mencari nafkah ,dan pelbagai sumbangan kaum wanita tidak menghairankan mengapa kaum wanita cepat kelihatan berumur.

Saturday, October 2, 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR. SEMOGA KECEMERLANGAN AKAN MENGIRINGI KALIAN.

DIMALUKAN DUA KALI DALAM RESTORAN YANG SAMA


Roti canai merupakan menu kegemaran aku dan suami. Kali ini sudah dua kali oder roti canai kami lambat dan mereka yang datang selepas kami mendapat pesanan terlebih dahulu.Yang peliknya pekerja sengau sengaja diambil sebagai pengambil oder lagi. Inilah kelemahan orang Melayu berniaga...hati pelanggan tak perlu dijaga dan teralu sukar untuk mereka meminta maaf. Itulah Restoran Abdullah Sani.

Friday, October 1, 2010

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET