Sunday, July 31, 2011

SEMOGA RAMADHAN KALI INI KITA LEBIH BANYAK AMALANNYA.

Salam Ramadhan buat semua umat Islam di muka bumi ini. Jadilah kita hamba Allah bertaqwa kepada Allah.

Friday, July 29, 2011

APABILA DIUJI....HENDAKLAH SABAR.

Kisah Dr. 'Abdullah ini cukup menyayat hati. Beliau diuji dengan dugaan yang sangat kuat oleh Allah S.W.T.

Suatu hari, anak lelaki sulung beliau membawa semua ahli keluarganya ke satu kenduri perkahwinan tidak jauh dari rumah mereka. Hanya Dr. 'Abdullah yang tidak ikut serta ekoran tuntutan kerjaya beliau di universiti. Siapa sangka itulah kali terakhir beliau hidup bersama mereka. Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu anak sulungnya kemalangan dan mengorbankan keseluruhan ahli keluarganya, kesemua 11 orang!

Walaupun Dr. 'Abdullah selalu bersabar apabila dihadapkan dengan pelbagai ujian, tetapi beliau tetap merupakan manusia biasa. Beliau tetap punya hati dan perasaan dan mata yang bisa menangis. Dia juga mempunyai jiwa yang kadangkala gembira dan kadangkala sedih.

Sungguhpun berita itu sangat merapuhkan hati, beliau tetap menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan mereka dengan tangannya sendiri. Setelah selesai pengebumian, Dr. 'Abdullah pulang ke rumahnya yang pernah dihuni oleh anak-anak dan isteri beliau. Dengan hati yang masih terluka, beliau mula menjelajah ke segenap pelusuk rumah. Sunyi, sangat sunyi. Tidak seperti sebelumnya.

Beliau memandang mainan yang terbiar di atas lantai. Tiada lagi Khulud dan Sarah yang riang bermain dan kadang-kadang berebut permainan sampai bertelingkah kecil. Sungguh girang hati-hati suci itu!

Beliau menjenguk kamar tidur beliau dan isterinya. Matanya tertancap pada katil yang tidak dikemas kerana tiada lagi Ummu Salih, isterinya yang dicintai sepenuh hati yang setiap pagi akan mengemas katil mereka berdua tanpa bersungut. Basikal Yassir sepi sendirian tersandar pada dinding rumah. Tiada lagi pemuda mulia itu yang setiap petang akan menunggangnya ke pekan.

Beliau masuk ke kamar anak gadis sunti beliau yang sudah merancang untuk berkahwin dengan pemuda soleh pilihannya sendiri tidak lama lagi. Pakaian pernikahannya masih elok tersusun tidak terusik apatah lagi dipakai.
Masya-Allah. Kamu menghadap-Nya di saat-saat pernikahanmu semakin hampir!

Alangkah hebatnya seorang hamba Allah redha akan ketetapan Tuhannya. Sesiapa sahaja yang melihat beliau ketika mendapat ucapan takziah daripada orang ramai akan pelik. Kerana seolah-olah yang meninggal itu bukan sesiapa baginya. Malah beliau yang sebaliknya menasihatkan tetamu yang datang dengan tazkirah ringkas beliau.

Beliau sentiasa mengulang, "Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Segala yang Allah kurniakan, itu kepunyaan-Nya. Segalanya telah Allah tetapkan."

Friday, July 22, 2011

Monday, July 18, 2011

Thursday, July 14, 2011

APA ITU SILENT MAJORITI.

Silent majority , majoriti senyap, vocal minority , minoriti vokal. Kedua-dua golongan ini wujud dalam masyarakat. Majoriti senyap adalah anggota masyarakat di dalam sesebuah negara mahupun kelompok yang tidak menzahirkan pendapat mereka secara terbuka. Mereka lebih suka berdiam diri.

Frasa majoriti senyap mula digunakan pada abad ke-19. Ketika itu frasa majoriti senyap membawa maksud yang berbeza daripada sekarang. Pada ketika itu, majoriti senyap membawa maksud mereka yang telah meninggal dunia. Pada tahun 60an, frasa ini menjadi popular apabila Richard M. Nixon, Presiden Amerika yang ke-37, memuji rakyat Amerika yang tidak berdemonstrasi menentang peperangan Vietnam sebagai 'the great silent majority.'

Berbeza dengan majoriti senyap, kumpulan minoriti vokal pula lebih kecil. Sebagai kumpulan yang kecil, mereka lebih jelekit dan menonjolkan identiti yang tersendiri melalui 'jargon' pertuturan dan paling menyerlah ialah penampilan fizikal melalui cara berpakaian. Kerana mereka kecil, mereka lebih sepakat dan lebih berbangga dengan kumpulan mereka.

Kumpulan-kumpulan minoriti bangsa seperti puak zionis di dalam bangsa Yahudi, kumpulan Ikhwanul Muslimin dalam agama Islam, kumpulan gay, lesbian, punk, malah kumpulan mat rempit dalam sesebuah masyarakat umum, atau kumpulan peminat-peminat sesuatu pasukan bolasepak seperti Manchester United adalah kumpulan minoriti. Parti-parti politik sama ada Umno, Pas, Dap dan lain-lain sebenarnya adalah kumpulan minoriti jika dijumlahkan ahli-ahlinya berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia.

Sebagai kumpulan minoriti, mereka mudah berasa terancam kehilangan pengaruh. Untuk menunjuk kuat, mereka menjadi vokal. Akhirnya mereka menjadi minoriti vokal yang menarik perhatian majoriti senyap hingga mempengaruhi kumpulan itu untuk mendengar lalu menghormati aspirasi mereka.

Pengaruh media elektronik dan percetakan banyak digunakan oleh kumpulan minoriti hingga kumpulan ini dilihat sebagai kumpulan gergasi, hebat dan berpengaruh. Ini menjadikan kumpulan majoriti senyap berasa kecil dan akhirnya akan akur kehendak kumpulan ini. Kalau apa yang diperjuangkan oleh minoriti vokal itu baik, ia amat menguntungkan keseluruhan masyarakat. Jika sebaliknya, seluruh masyarakat akan runtuh kerana dimanipulasi oleh sesebuah kumpulan minoriti.

Kumpulan majoriti senyap memang besar tetapi lemah. Mereka lemah kerana tidak sepakat dan sependirian. Kalaupun mereka punyai pandangan yang sama, oleh kerana mereka lebih suka berdiam diri, mereka mudah dipermainkan oleh kumpulan minoriti vokal. Tambahan pula, sikap suka tunggu dan lihat kumpulan majoriti senyap ini menjadikan mereka pasif dalam menghadapi apa jua ancaman meskipun mengetahui akan kesannya terhadap masa depan mereka sendiri.

Jika berdepan dengan senario di mana berlaku pertembungan mana-mana kumpulan minoriti vokal, kumpulan majoriti senyap lebih cenderung untuk menyokong mana-mana kumpulan minoriti yang lebih kuat. Ini adalah kerana mereka mahukan suasana yang stabil, kukuh dan selamat.

Menyokong minoriti yang lebih kuat itu bererti mereka boleh berehat daripada memikirkan apa yang diperjuangkan. Sama ada perjuangan sesuatu kumpulan minoriti itu betul ataupun salah, mereka tidak peduli. Yang penting, mereka memihak kepada kumpulan minoriti yang kuat supaya kumpulan itu menang dan mereka boleh bual hal-hal sendiri kembali serta menikmati kehidupan di dunia ini. Mereka tidak sukakan risiko.

Namun, sikap majoriti senyap inilah selalunya mengakibatkan mereka menjadi mangsa. Sebaliknya kumpulan minoriti vokal, yang kerap mendakwa kumpulan mereka tertekan, sebenarnya kumpulan yang lebih menguasai majoriti senyap. Justeru itu, jangan hairan kalau kita lihat di mana-mana tempat dan sektor aktiviti kehidupan di dunia ini, kumpulan minoriti lebih mempengaruhi kumpulan majoriti.

Bagaimana pun, apakah menjadi minoriti yang vokal itu bagus? Apakah tidak, pandangan, perjuangan dan aspirasi sesebuah kumpulan minoriti itu menyusahkan kelompok majoriti? Pendek kata, apakah kelompok yang banyak perlu mengikut kelompok yang sedikit? Bukankah daripada segi logik akal, kumpulan kecil lebih mudah memasuki kumpulan yang besar, dan bukan sebaliknya?

Tetapi, realiti memungkinkan yang kecil menguasai yang besar dan bukan sebaliknya. Itulah yang selalunya terjadi. Namun, majoriti senyap tidak selamanya akan menyepi. Apabila mereka berasa penat melayani kerenah minoriti vokal, majoriti senyap menjadi vokal. Ketika itu, apa-apa pun boleh berlaku.

Pergolakan di Timur Tengah adalah contoh pergolakan yang paling terkini, apa yang terjadi apabila majoriti senyap menjadi majoriti vokal!

-Artikel iluvislam.com

Sunday, July 10, 2011

BUAH MATA KUCING POKOK SENDIRI

Setelah sebelas tahun baru dapat makan buah mata kucing dari halaman sendiri. Bukan apa sebelum ini berebut dengan monyet. Kalau dapat rasapun ,buah yang belum tua. Alhamdulillah.

Friday, July 8, 2011

AYAM GORENG RANGUP...BESTTT!!!!


SAMBAL BACANG

AYAM GORENG RANGUP


Tuesday, July 5, 2011

BUKTI SAYANGKAN SESUATU...

Betulkah jika kita sayang akan sesuatu kita akan cuba menjaganya dengan sebaik mungkin. Namun ada orang berkata,tidak semua perasaan sayang kita akan tunjukkan kerana sesuatu yang tidak nampak lebih bermakna. Betulke? Jika kita sakit tiada siapa yang sudi picitkan,jika bahu kita lenguh tiada siapa nak tengokkan,jika minta tolong pula ...insan tersebut hanya buat tak dengar...Mungkin satu hari kita akan biasa dengan suasana ini...sunyi dalam ramai,sedih dalam gembira,seorang dalam kesakitan. Ya Allah berikan aku kekuatan mengharungi hidup yang sentiasa mengulang kesilapan,sentiasa lupa betapa berharganya kehadiran diri ini....mungkin setelah diri ini pergi barulah mereka sedar betapa bersinar permata ini....mungkin diri ini telah dianggap batu buruk yang comot....alhamdulillah.

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET