Saturday, December 26, 2009

KAJI DULU TETAPI SAMPAI BILA?

KDN masih kaji buku Barry Wain


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengkaji kandungan buku tulisan Barry Wain bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," sebelum membuat keputusan mengenai pengedaran buku itu di Malaysia.

Menurut kenyataan KDN hari ini, kajian itu adalah satu proses biasa kepada mana-mana penerbitan di dalam dan luar negara dan buku tulisan Barry Wain tidak terkecuali daripada menjalani proses sama.

"Kajian itu bagi memastikan ia tidak menimbulkan sebarang kemudaratan kepada keselamatan dan kententeraman rakyat Malaysia.


"KDN mempunyai masa selama 60 hari bagi menentukan sama ada untuk meluluskan atau sebaliknya pengedaran buku itu di Malaysia," menurut kenyataan itu.

Isnin lalu, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menolak laporan sebuah portal berita propembangkang kononnya pihak KDRM telah menahan 800 naskhah buku itu di Pelabuhan Klang sejak empat minggu lalu.

Dalam bukunya, Wain yang bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal, mendakwa kononnya Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.co mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidakpun mencecah RM10 bilion.

Dr Mahathir turut mempersoalkan mengapa Barry Wain yang kini berpangkalan di Singapura begitu berani dan bersungguh-sungguh mahu menulis serta mendedahkan isu membabitkan pemimpin Malaysia.

"Dia tahu kalau dia menulis apa-apa menentang pemimpin Singapura, dia akan diheret ke mahkamah, disaman dan dipaksa membayar ganti rugi dalam jumlah yang banyak.

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET