Wednesday, March 31, 2010

Tuesday, March 30, 2010

BADAN ANDA BERBAU?

Masalah badan berbau akan membuatkan orang yang berada di sekeliling anda kurang selesa. Cuma mereka mungkin tak sampai hati atau serba salah nak "sound direct" kat anda. Tapi kalau anda dah sedar yang bau badan anda tu agak kuat, cuba anda lakukan petua yang akan saya kongsi di bawah nanti.

Kali ini, ada 2 petua yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan bau badan. Anda boleh gabungkan kedua-duanya sekali untuk hasil yang lebih baik.

PERTAMA:
- Anda ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar. Sebab anda perlukan "jus" nya.


Gambar hiasan -

- Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.
- Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.
- Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.
- Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.


KEDUA:
Sekiranya anda berpeluh, lapkan peluh tersebut dengan menggunakan tisu pelembap bayi. Salah satu contohnya ada kat bawah ni.


Saturday, March 27, 2010

Friday, March 26, 2010


Formula Kejayaan Seorang Muslim

" The art of living is more like wrestling than dancing..."

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja

"Yes! Dapat keputusan cemerlang... 17A tu. berbaloi pun usaha aku selama ni."

Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan bahawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.

Jarang sekali kita bersyukur...

Bagi seorang Muslim yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut i lmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu 'datang dari Allah SWT'. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar 'berbatu-batu' jauhnya daripada diri mereka.

Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah


Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8; " ... Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)"

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT


Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah


Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu 'meminta'. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-ham baNya yang meminta kepadaNya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"

Dan setelah kita berusaha, berdoa, maka kemudiannya kita bertawakal kepada Allah SWT sambil terus-menerus memohon doa kepadaNya. Itulah kejayaan dan resepi seorang Muslim yang jelas matlamat kehidupannya di dunia ini.

Dan bagaimana jika kita ditimpa kegagalan setelah kita melakukan seperti mana di atas?

Maka ingin saya katakan di sini;

"La Takhaf Wa La Thazan, InnAllaha Ma'ana"

Jangan kamu sedih dan berkecil hati, kerana Allah SWT bersama-sama kita. Sebagaimana yang selalu kita dengar, kegagalan itu tak bererti kita gagal selama-lamanya. Tetapi di sebalik kegagalan itu, kita harus mencari kekuatan untuk menjadi 'perangsang' kepada kebangkitan kita yang seterusnya.

Mungkin, Allah SWT menagguhkan kejayaan kita agar kita menjadi hamba yang mempertingkatkan kesyukuran dan keimana kepadaNya. Dan mungkin juga Allah SWT menangguhkan kejayaan kita untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Apapun, dengan syarat mestilah bersyukur...

Saya pernah berhadapan dengan situasi kegagalan dalam peperiksaan. Menangis kesedihan, penuh dengan rasa kecewa. Tetapi, muhasabahlah yang menguatkan hati-hati kita. Kerana hati itu raja bagi sekelian diri.

Jika berjaya kamu bersyukur...

Jika gagal lakukan muhasabah dan lakukan langkah yang teripta dengan lebih tersusun...

Moga kejayaan dan kegagalan tidak mengalpakan kita daripadaNya yang hampir di sisi kita...

Penutup: Tuhan Tidak Lupakan Kita

Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar...

Akhir kalam, sebelum saya menamatkan perkongsian saya kali ini, ingin saya katakan bahawa Allah SWT itu tak pernah melupakan hamba-hambaNya yang mengingati Dia.

Ya!

Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.

Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.

Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur.

Oh Allah Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah juga hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan


Thursday, March 25, 2010

kerabu

Bahan-bahan :

1 ekor ikan kerapu berat anggaran 500 gm

**dikisar halus
2 ulas bawang merah
1/4 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1/2 biji tomato
1 biji cili merah
2 tangkai cili padi

2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan namphla
sedikit sayuran seperti karot, bunga kobis dan jagung muda
1/2 biji epal fuji didadu kecil
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara - cara:

1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng ikan hingga separa garing. Letakkan dalam pinggan besar. ketepikan dahulu.

2. Ambil 3 sudu besar minyak gorengan tadi dan panaskan di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. (3-5 minit)

3. Masukkan sos cili, 1/2 cawan air, sos ikan, dan sayuran termasuk epal yang didadu.

4. Biarkan mendidih dan sayur lembut.

5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan tutup api.

6. Tuang kuah ke atas ikan dan sedia dinikmati panas-panas.


Saiz hidangan : 5 orang

Wednesday, March 24, 2010

RUGINYA KERANA TIDAK BIJAK URUSKAN PENDATANG

Kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan tahanan dan banduan warga asing bagi tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata sepanjang tahun lalu, banduan warga asing yang diuruskan di penjara adalah berjumlah 81,396 orang dan purata sehari tahanan adalah berjumlah 13,392 orang.

Katanya ini menunjukkan kemasukan pekerja asing juga boleh dikaitkan dengan bebanan ekonomi yang meliputi implikasi kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan melibatkan tahanan warga asing.

"Ini termasuk peruntukan yang disalurkan untuk pengurusan pusat-pusat tahanan seperti lokap, penjara dan depoh tahanan Imigresen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli makmal pengurusan warga asing di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata tahanan warga asing yang diuruskan di 13 buah depoh tahanan pula adalah berjumlah 408,979 orang bagi tempoh tiga tahun sejak 2006 dan purata setahun tahanan adalah berjumlah 102,244 orang.

Hishammuddin berkata perbelanjaan yang ditanggung kerajaan bagi jumlah kos makan untuk sehari bagi tahanan warga asing di depoh tahun lalu sahaja adalah sebanyak RM341,881.

Selain itu, katanya program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen dari tahun 2007 hingga tahun lalu melibatkan kos kira-kira RM35 juta.

Beliau berkata kerajaan juga terpaksa berbelanja untuk kos-kos langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan warga asing seperti aspek keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmatan kesihatan.

Katanya itu tidak termasuk nilai yang begitu tinggi membabitkan subsidi minyak dan keperluan asas yang diberikan kepada rakyat tetapi hakikatnya turut dinikmati oleh warga asing yang berada di negara ini.

"Melalui makmal ini, kita berharap agar dapat diwujudkan mekanisme untuk memastikan data dan maklumat yang terdapat di semua kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta dapat dikumpul dan diselaras untuk membolehkan analisa kos dan keuntungan dapat diperolehi dengan tepat dan menyeluruh," katanya.

Hishammuddin berkata makmal yang dianggotai seramai 33 ahli daripada kementerian dan agensi yang berkaitan akan bermula secara rasmi pada hari ini untuk mencari kaedah terbaik dalam pengurusan dan pemantauan warga asing.

Katanya mereka diberi tempoh sebulan iaitu sehingga 23 April ini untuk mengemukakan cadangan daripada segi mekanisme agar kerajaan mendapat maklumat tepat dan terkini berhubung analisis perbandingan kos dan keuntungan berhubung kemasukan warga asing ke negara ini.

Katanya penilaian itu meliputi semua sektor terpilih seperti pembinaan, perkilangan, perladangan, perkhidmatan, pelancongan dan pertanian.

Bagaimanapun, katanya beliau berharap mereka dapat mengemukakan cadangan itu kurang daripada tempoh sebulan berikutan ia perlu dibentangkan pada jawatankuasa Kabinet.

- Bernama

Monday, March 22, 2010

TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN

Penjaga Stor Ke Tali Gantung Kerana Bunuh Teman Wanita

SHAH ALAM, 22 Mac (Bernama) -- Seorang penjaga stor yang tidak dapat menerima hakikat bahawa teman wanitanya akan berkahwin dengan lelaki lain bertindak membunuh wanita itu dengan mencekik mangsa menggunakan tudungnya.

Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Isnin, untuk melindungi jenayah itu, dia mendakwa mereka berdua merancang membunuh diri dengan minum racun ala kisah "Romeo dan Juliet".

Bagaimanapun alasan pembelaan tertuduh, Shahrul Nizam Mohd Shah, 38, itu tidak dapat diterima oleh mahkamah yang memutuskan bahawa tertuduh bersalah membunuh Nurul Hazira Bharum, 26, dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Lot 2584-1, Batu 19, Kampung Gombak, Kuang, Rawang, kira-kira pukul 9 pagi pada 7 Okt 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam pembelaannya, Shahrul Nizam mendakwa dia dan Nurul Hazira bercadang membunuh diri dan mendakwa mangsa telah memaksanya untuk minum racun.

Laporan bedah siasat bagaimanapun mengesahkan bahawa punca kematian Nurul Hazira adalah kerana lemas akibat dicekik dan tiada kesan racun ditemui di dalam tubuh mangsa.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki ketika menjatuhkan hukuman berkata tekanan yang kuat untuk mencekik mangsa adalah konsisten dengan terjumpanya rantai emas yang putus di dalam baju mangsa.

"Tertuduh mendakwa dia minum dulu beberapa teguk racun dan kemudian pengsan.

"Tiada keterangan yang menunjukkan mangsa sebelum kejadian nak bunuh diri dan semua saksi seperti ibu bapa, rakan sekerja dan tunang mangsa tidak menyatakan sedemikian. Kedudukan mangsa yang baring tidak konsisten dengan minum racun sendiri," katanya.

Tambahan pula beliau berkata, keterangan saksi ketujuh pendakwaan (jiran tertuduh) bahawa tertuduh datang ke rumahnya dan minta bantuan dengan memberitahu bahawa orang rumahnya sudah minum racun tidak konsisten dengan dakwaan tertuduh mengenai rancangan dia dan teman wanitanya ingin membunuh diri.

"Saya dapati tertuduh waras bila datang minta tolong jiran dan kata nak pinjam telefon kerana orang rumahnya minum racun. Semua ini tidak konsisten dan pembelaan tertuduh adalah afterthought (ditambah kemudian) serta tidak timbulkan apa-apa keraguan," katanya.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong memanggil 15 saksi, sementara pembelaan yang diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff mengemukakan seorang saksi.

Sunday, March 21, 2010

HEBATNYA WARNA PUTIH

Cahaya merupakan tenaga spektrum yang sangat luas dan boleh dilihat. Mata difokuskan untuk melihat refleks tenaga untuk keperluan sel tubuh. Menurut Pengamal Terapi Getaran Warna, Dr. Norhisham Wahab, frekuensi gelombang warna yang boleh dilihat oleh mata kasar bergetar antara 420 hingga 780 nanometer (nm). "Warna-warna yang tidak dapat dilihat ialah warna ultra-unggu, infra-merah, gamma dan sinar x" beliau menjelas lagi. Warna-warna yang amat laju ini tidak sesuai untuk keperluan kehidupan organisma di muka bumi ini.

Setiap unsur kimia di dalam tubuh dan di atas muka bumi ini mempunyai sifat frekuensi tenaganya sendiri. Frekuensi tenaga ini hanya dapat dikaitkan dengan sifat frekuensi warna. Dalam tubuh manusia, warna memainkan peranan sebagai pengimbang sel untuk penyembuhan. Ini bermakna kita memerlukan warna-warna tertentu untuk hidup dengan harmoni. Menurut beliau lagi, setiap tujuh jenis warna pelangi mempunyai peranannya dalam fungsi tubuh.

Cahaya dan warna ialah sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang peka pada mata manusia dan juga meruakan sebahagian darpada spektra tenaga yang membolehkan kelangsungan kehidupan setiap makhluk di planet ini. Cahaya berbeza dari segi warna berpandukan ukuran dan jarak gelombang. Warna terpancar bermula daripada gelombang jarak jauh, ukuran rendah sehingga gelombang jarak pendek, ukuran tinggi.

Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru. Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan. Ini bermakna, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang selesa, kawasan sekolah mahupun di dalam bilik darjah perlu mempunyai banyak warna hijau.

Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat. Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak. Inilah yang membuatkan warna hijau perlu menjadi pilihan di kawasan sekolah ataupun kawasan kediaman.

Kawasan sekolah sepatutnya di penuhi dengan pokok-pokok dan bunga-bunga yang berwarna lembut, kerana warna bunga ataupun bangunan yang garang dan terang akan menggangu emosi pelajar dan mendorong pelajar bertindak secara agresif. Guru-guru juga perlu memakai pakaian yang berwarna lembut. Ini kerana warna baju yang dipakai oleh guru akan menjadi tumpuan sewaktu proses pengajaran berjalan. Kadangkala tumpuan pelajar boleh hilang sekiranya warna baju yang dipakai oleh guru tidak disukai oleh pelajar.

Ini menunjukkan wujud gangguan keseimbangan dan sekiranya berterusan akan membabitkan masalah disiplin. Mengapa kita rasakan kita tidak dapat menerima apa yang dipelajari pada waktu-waktu tertentu? Berdasarkan kajian sains fizik yang dijalankan oleh pengamal terapi getaran warna ini, setiap 24 jam waktu siang dan malam, berlaku bertukaran warna sebanyak tujuh kali mengikut warna-warna pelangi.



Seorang pakar psikologi barat mengatakan warna putih mampu meningkat kecerdasan, dan bayi perlu didedahkan sebanyak mungkin dengan warna putih dan warna-warna lembut untuk membolehkan IQnya bertambah secara maksimum. Warna unggu pula mempu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar. Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu meransang minat pelajar.

Menurut Dr. Norhisham Wahab, pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 pagi alam dan segala hidupan diselubungi cahaya putih manakala pukul 1 pagi hingga pukul 2 pagi pula bertukar kepada warna merah jambu. Pada peringkat inilah kepekaan otak adalah pada tahap maksimum. Kita juga dilarang mengulangkaji pelajaran pada waktu-waktu pertukaran kerana pada waktu ini warna infra merah, merah, oren dan kuning akan berlaku dan membuatkan keseimbangan dalam tubuh kita menjadi terganggu. Begitu juga dengan pukul tujuh hingga tujuh setengah petang.

Fenomena gangguan keseimbangan oleh geteran warna-warna tertentu ini boleh dikesan dengan jelas ke atas mereka yang mengalami masalah kesihatan. Misalnya demam, seringkali kita dapati demam akan bertambah teruk apabila tiba waktu-waktu begini. Sememangnya warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita.

Walaupun kebanyakan kita mempunyai warna kegemaran masing-masing tetapi kita harus mengetahui apakah warna yang memberi kesan negatif dan yang memberi kesan positif dalam kehidupan kita. Warna-warna putih dan lembut sering dikaitkan dengan unsur-unsur positif. Misanya, pelajar sekolah dikehendaki memakai pakaian seragan yang berwarna putih. Walaupun ada yang mengatakan cepat kotor tetapi warna ini sebenarnya mempengaruhi kepintaran dan keseimbangan emosi pelajar. Tetapi sekiranya persekitaran sekolah dipenuhi dengan warna-warna garang maka tidak hairanlah kalau sekolah begini mempunyai masalah disiplin yang teruk.

Bagi mereka yang hendak menjalani sesi temuduga juga dikehendaki mengenai pakaian daripada warna-warna yang lembut. Ini semua berkaitan dengan emosi mereka yang menemuduga dan yang ditemuduga. Daripada pakaian mereka sudah boleh menilai seseorang yang terbabit secara luaran. Begitu juga dengan hospital, jururawat, doktor dan pesakit serta bangunan dan perhiasan dalaman dihias berkonsepkan warna-warna lembut.

Saturday, March 20, 2010

PERIGI MENCARI TIMBA

Entiti seorang wanita tidak dapat lari daripada dikaitkan sebagai ciptaan yang mampu menentukan jatuh bangun masyarakat melalui peranannya sendiri mahupun melalui peranan yang dimainkan terhadap lelaki.

Ayat Al-Quran tersusun indah mengikut kecenderungan manusia. Ayat bab zina dimulakan dengan penzina perempuan (Az-zaniah) dan diikuti penzina lelaki (Az-zani). Ayat bab mencuri pula dimulakan dengan pencuri lelaki (As-sariqu) dan diikuti dengan pencuri perempuan (As-sariqatu). Diambil dari sini, permulaan pada bibit-bibit zina itu adalah melalui seorang wanita.

Namun kini, saya melihat situasinya mula berubah. Dahulu imej wanita itu dikaitkan sebagai penggoda sehingga mampu membawa seorang Abid ke lembah kekufuran dan beraneka lagi hikayat yang mengisahkan kejatuhan seorang lelaki yang hebat dek kerana tergoda dengan wanita yang cantik. Hikayat-hikayat ini sering menjadi bahan bacaan saya di waktu kecil.

Keadaan itu mungkin tidak berubah pada dunia secara global. Justeru kita melihat, pelbagai artikel ilmiah dan dakwah menyeru wanita supaya menjaga diri mereka. Mengelakkan diri daripada menjadi fitnah. Menjaga pemakaian dan pergaulan. Dari aspek menutup aurat sehinggalah ke aspek muamalah. Dari cara bercakap sehinggalah cara berjalan. Semuanya diambil berat terutama oleh golongan Adam yang mungkin rasa tergoda. Artikel-artikel yang menukilkan luahan rasa hati Adam yang sulit menundukkan pandangan dan sebagainya sangat kerap diulang siar.

Saya kadang-kala mahu marah. Sering wanita dipersalahkan. Tidakkah kalian sedar wahai Adam, ketika mana kalian sendiri menguarkan luahan hati bisikan iman kalian itu, kalian jualah yang membentuk dan menyuburkan pembiakan titik-titik hitam pada gumpalan darah bernama hati itu dengan pelbagai aktiviti mendekati zina yang kalian sendiri mulakan.

Contohnya senang, sejak terlibat aktif dengan dunia maya, bermula dengan Friendster pada tahun 2007, "Friendster Friend Request" saya majoritinya lelaki. Saya perhatikan itu.

Bercerita tentang YM, lagi banyak pengalaman. Percutian selepas SPM mengakibatkan saya bergerak aktif di alam maya sehinggalah kenalan YM saya bertambah dengan mendadak. Namun saya bersyukur, kerana hampir kesemua yang meng"add" saya di YM merupakan mereka yang mempunyai kesedaran agama dan perbincangan kami juga berkisar perihal yang perlu, dan amat membantu saya dalam proses pertukaran idea. Sungguh, saya rindu saat itu. Walaupun bercuti, minda saya berjalan dengan bantuan mereka. Saya yang baru bertatih mengenal dunia luar seakan-akan mendapat jalan pintas untuk ke aras pemikiran yang lebih matang. Dan saya tidak kisah, kenalan lelaki mahupun wanita, asalkan matlamat ilmu itu tercapai.

Sehinggalah ketibaan saya di bumi Mesir, mungin kerana sistem maklumat yang sangat canggih, saya juga tidak tahu bagaimana id YM saya dan beberapa rakan tersebar kepada golongan** yang tidak kami kenali, dan sekadar di"add" di YM untuk menambah koleksi barang kali. Kadang-kala saya mendengar cerita perbualan yang saya kira berlebihan melalui YM. Bukan sekali, sewaktu saya menatap skrin handset atau laptop yang sedang digunakan rakan-rakan saya, golongan** ini mem'BUZZ' dan memulakan perbualan yang saya kira sangat mengarut. Bukanlah saya tidak pernah chatting dengan lelaki, cuma saya merasakan mereka sangat mengarut dan menggunakan istilah yang amat tidak patut.

Akhirnya saya minta kebenaran rakan-rakan saya tadi untuk menegur kelakuan kenalan YM mereka itu. Biarlah mereka mengganggap saya syadid atau skema, yang pasti saya mahu mereka jelas dengan situasi.

Kisah saya sendiri pula, ramai (yakni lebih dari satu) juga yang meng"add" YM saya entah-dari-mana, yang memulakan perbualan secara "gedik". Seboleh mungkin saya cuba membalas mesej mereka sebelum akhirnya saya berterus-terang tentang pandangan dan perasaan saya dalam bentuk teguran langsung.

Dari cerita seorang kawan pula, kedapatan seorang lelaki ini yang saya kenali sebagai seorang yang pandai berkata-kata. Dia sering me"misscall" rakan saya ini, dan sering kali juga meminta credit sharing. Sedangkan dari yang saya kenal, si lelaki ini sering memuatkan artikel Islamik di blognya dan termasuklah juga artikel yang saya sebutkan sebagai peringatan kepada wanita.

Maka, wanitakah penggoda?

Persoalan ini saya ajukan kepada ibu saya. Jawab Ummi, begitulah zaman sekarang. Kita sebagai wanita yang perlu pandai jaga diri. Maka wanita, jagalah diri anda kerana mereka yang meminta anda menjaga diri itu sebenarnya sedang dalam kegagalan menjaga diri sendiri.

Bagi saya, saya suka mencari kenalan baru, bertukar pandangan dan idea, ilmu serta maklumat, pengalaman dan kemahiran, tapi tidak untuk bergedik santai, kerana itu satu penghinaan buat saya sebagai seorang Muslimah.

Thursday, March 18, 2010

Pinjaman Buku Melalui Pos Dilancar Julai

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melancarkan perpustakaan digital dikenali sebagai "UBIQUITOUS" pada Julai ini bagi membolehkan orang ramai meminjam buku secara online tanpa perlu datang ke perpustakaan.

Buku yang dipinjam itu akan dihantar melalui Pos Malaysia.

"Hasrat ini adalah untuk mengubah pemahaman masyarakat, dengan memasarkan perkhidmatan ilmu pengetahuan, dan bukan sekadar membaca serta meminjam buku di perpustakaan," kata Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar semasa mengulas tentang usaha perpustakaan digital pada pelancaran Community of Practice (CoP) ke-7 di PNM di sini.

Community of Practice adalah satu program inovasi komuniti perpustakaan untuk turun ke padang bagi memasarkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

"Sektor perpustakaan mesti mengambil tindakan proaktif untuk memperinci, mengkaji dan menganalisis segala isu terkini yang dihadapi oleh masyarakat serta melahirkan idea-idea berkonsep baru dan digital untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan bertaraf dunia," kata Raslin.

Pengarah Perkhidmatan Perpustakaan Digital, Nafisah Ahmad, pula berkata bagi memudahkan proses pemulangan buku, masyarakat boleh menghubungi Pos Malaysia untuk mengambil semula buku pinjaman tersebut di rumah mereka, dengan dikenakan sedikit bayaran, ataupun memulangkannya sendiri di beberapa Pejabat Pos.

-- BERNAMA

Wednesday, March 17, 2010

Tuesday, March 16, 2010

Monday, March 15, 2010

MAI CUBA IKAN MASIN TERUBUK GORENG CILI API


Selepas ikan masin dipotong-potong,hiris bawang besar selabu,tumbuk 15 biji cili api dengan sebelah bawang besar dan seulas bawang putih,tumbuk sekadar pecah jangan lumat sangat. Gorenga ikan masin dahulu,apabila dah garing ,sebelahkan dan masuk bawang dan cili. Cubalah makan dengan nasi panas,sodap!

Sunday, March 14, 2010

Saturday, March 13, 2010

SUASANA SEMASA KEPUTUSAN SPM DIUMUMKAN




KEGEMBIRAAN TERPANCAR PADA WAJAHNYA

Wednesday, March 10, 2010

UJIAN 1 DAH BERMULA DAN CUTI PERTENGAHAN SEMESTER BAKAL MENJENGUK



Jalan-jalan di Pasar Tani dua minggu lepas lalu terjumpa seorang penjual ubat yang sibuk mempromosikan ubatnya tetapi dengan menggunakan ilmu magik atau makhluk halus. Memang terpegun mendengar celotehnya tetapi tiba-tiba tuala yang diikat bergerak sendiri,apalagi lagi terngangalah mulut mereka yang asyik mendengar.

Monday, March 8, 2010

Sunday, March 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA,8 MAC,2010.


Selamar Hari Wanita diucapkan kepada semua wanita di Malaysia khususnya dan umumnya di seluruh dunia. Jasa dan peranan wanita tidak dapat dinafikan lagi khususnya dalam era globalisasi masa kini. Masyarakat sepatutnya meletakkan wanita di tempat yang mulia dan bukan menidakkan kemuliaan wanita tidak kira dalam apa aspek jua. Teringat pula tentang cerita bersiri Halimah Jongang yang sedang hangat ditayangkan dan iklan cerita Fatimah Juling pun sibuk diulang tayang. Tidakkah cerita ini menghina kaum wanita? Pelikkan, sudah tak ada modal lainke buat cerita yang menghina kaum wanita. Rendah sungguh martabat kaum wanita,dipersenda dan diketawakan.

Friday, March 5, 2010

RAHSIA MATA WANITA


Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Mata juga mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata…. SAIZ MATA KECIL Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik. SAIZ MATA SEDERHANA Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami. SAIZ MATA LEBAR Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi. MATA SELALU BERKEDIP Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik. MATA JARANG BERKEDIP Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan. MATA CENGKUNG Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli. MATA REDUP Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah. MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

KELAS 5P 1 YANG.................


Dua hari sebelum cuti akhir tahun lepas,aku mendapat tahu kelas yang bakal kupegang pada tahun 201 0. Kelas yang terkenal dengan pelajar lelakinya yang kurang beradab,tentulah 5P1. Tak ada cikgu yang suka dengan pelajar yang kurang beradab,hendak dikatakan pandai sangat tidak juga. Tahun ini 5P1 telah berjaya menyakitkan hati beberapa orang cikgu dengan masuk lambat ke kelas,menjawab apabila dimarahi,memasamkan muka apabila ditegur dan lain-lain perilaku yang bangga dipertontonkan sebagai pelajar yang kurang ajar. Telah ditakdirkan menjadi tanggungjawab aku sebagai guru yang telah bertugas selama 18 tahun setengah di SMK Seri Perak ini. Akan kutanamkan semangat kental yang menggunung,usaha yang sentiasa mengalir,cabaran yang sentiasa disambut dengan senyuman,semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus mendidik pelajar-pelajar lelaki 5P1 yang tipis dengan pekerti yang mulia. Apa yang aku harapkan mereka dapat menjadi pelajar yang sentiasa menyejukkan hati guru mereka,jujur dengan tanggungjawab untuk belajar,amanah sebagai seorang anakdan menjadi insan soleh yang diberkati oleh Allah dalam setiap gerak laku. Aminnn.

Tuesday, March 2, 2010

Jangan Makan Air Tangan Orang Tak Solat

Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan... .dll

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir..Nauzubillah...

Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd
zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya...

pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia
tidak punya zuriat. Lalu, terdetik dlm hati dia (nazar),

"kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan
anak.

Bila dah dpt anak, lelaki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena
minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn
syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad.

Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..

Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brg siapa bernazar, walaupun haram, tetap
kena laksanakan nazar tu..

Lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susahhatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh
dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu.

Lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh
Nabi Musa tadi...

Lihat la, betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air
tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi,
kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan
makanan, nasi, dsb..

Anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. Tak kan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. Tergamakkah kita?

Tapi..lain pulak halnya dgn sesetengah daripada kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak
solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. Sebab tu liat nak buat keja2 yg baik.

Betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali(&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."
maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg
lemah di bawah tanggunganmu. "

Jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solat adalah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak.

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET