Masa berlalu terlalu pantas,namun si bongsu masih setia dengan pendapatnya. "Kenapa ayah mesti sekolah jauh mak?" Begitu petah si bongsu berkata. "Ayahpun tak suka sekolah jauh tapi gurubesar ayah yang suruh,buat macam mana?"pujukku. Saat-saat yang berlalu kekadang menghimpit kotak fikiran,mengapa dugaanMu begitu hebat,ya Allah. Memang perkataan sabar banyak diungkapkan oleh rakan-rakan namun terlalu berat bahu ini memikul. Apatah lagi setiap bulan ada sahaja anak yang demam,lelah atau batuk. Sesungguhnya tarbiyahMu amat perit,namun tetap kuterima kerana yakin dengan takdirMu. Membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang apatah lagi tinggal keseorangan menghadapi segala jerih payah menjadikan aku lebih kuat untuk bersemuka dengan masa hadapan yang entah macam mana coraknya.
No comments:
Post a Comment