Saturday, July 17, 2010

APA LAGI YANG KITA HENDAK DALAM KEHIDUPAN INI

Dalam usia yang sebegini tiada apa yang lebih menyeronokkan selain melihat anak-anak membesar dengan tenang tanpa sebarang konflik. Usia 44 tahun ini bagi sesetengah wanita yang bergelar ibu memaksa mereka kelihatan bergaya apatah lagi risaukan para suami yang versetail tambahan minat suami pada laman sosial amat tinggi. Mungkin ada juga yang berpendapat, kalau kita risau sangat perkara yang kita takut akan benar-benar terjadi contohnya si suami berminat untuk berkahwin lagi. Sepatutnya para isteri jangan terlalu risau kerana sikap gatal memang fitrah kaum lelaki tetapi sikap cemburu ala kadar merupakan perkara sunat sebagai beringat-ingat sebelum hujan turun. Sebenarnya hidup sendiri tanpa suami bukanlah kehidupan yang malang sebaliknya kita akan sedar bahawa seseorang wanita boleh hidup aman tanpa seorang lelaki. Apatah lagi kematian pasti menjenguk kita dan persediaan untuk hidup sendiri sepatutnya telah lama tertanam dalam minda setiap wanita.

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET