Wednesday, July 21, 2010

ALAM TERBENTANG DIJADIKAN GURU,


Hidup yang sementara ini penuh dengan dugaan dan ujian tetapi tidak semua di antara kita benar-benar jujur untuk berubah namun masih ada insan yang menjadikan setiap detik hidup ini sebagai guru sebagai panduan hidup. Masalah zina bukan lagi perkara pelik,remaja kini sudah kontang dengan nilai Islam,hubungan sesama jantina sudah menjadi lumrah. Apa lagi yang pelik jika Tuhan menurunkan bala kepada semua umat di dunia ini. Adakah kita sedar bahawa setiap hari kita hampir dengan zina kerana masa kini budaya sms,chatting,email dan pelbagai lagi saluran yang menjadikan dunia kita begitu sosial. Memang kita berasakan halal segala perbuatan kita kerana tidak siapa yang nampak tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang kita buat kerana budaya alaf baru ini menjadikan insan lebih intim tanpa diduga, lebih ketagih untuk menghentikan budaya tersebut. Maka jadilah kita insan yang dibuai kegilaan sosial lalu melemparkan peranan syaitan dalam hubungan dua insan yang bergelar lelaki dan wanita. Patutlah jumlah kadar zina bertambah,jumlah anak zina bertambah,jumlah rumah tangga yang runtuh bertambah kerana kita sendiri yang membiarkan diri kita dikuasai syaitan. Sambutlah detik kesedaran ini untuk berubah dan semoga kita menjadi insan yang disayangi Allah swt.

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET