Seorang pemanggil telah mencerikan apa yang telah terjadi dalam keluarganya apabila suaminya ingin berkahwin lain apabila bertemu dengan sorang wanita yang dikenali melalui facebook. Katanya selama ini beliau memberi kepercayaan penuh kepada suaminya menggunakan laman sosial tetapi rupa-rupanya telah disalah gunakan oleh suaminya.
"Penyakit alam cyber zaman sekarang"
Apa yang ustaz dan ustazah tu pesan.. kalau nak menggunakan laman sosial tidak salah tapi kenalah untuk jalan kebaikan dan bukan leka didepan komputer berjam-jam sampai mengabaikan tanggungjawab masing-masing.
Untuk suami isteri pula jangan luahkan apa-apa perasaan didalam laman sosial masing-masing seperti meluahkan masalah dalam rumah tangga, sebab ditakuti dalam pada masa yang sama ada pihak yang akan mengambil kesempatan menjadi penasihat dan lama-lama akan menimbulkan perasaan lain diantara satu sama lain.
Sekiranya ingin meminta pandangan kata ustaz & ustazah tu.. tanyalah dengan orang yang sama kaum.. seperti wanita meminta nasihat pada wanita yang lain dan lelaki meminta nasihat pada lelaki yang lain.. jangan minta nasihat atau pandangan pada kaum yang berbeza sebab ditakuti timbul masalah yang lain.
Moralnya : Jangan menyalah gunakan kebebasan yang ada... dan jauhilah sifat curang.. wujudkanlah sifat saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.. insyaallah anda akan memprolehi kebahagian didunia dan akhir.
No comments:
Post a Comment