Monday, October 3, 2011

45 ITU ADAKAH BEGINI?

Orang kata umur 45 tahun bagi wanita itu mulai tua tetapi bagi lelaki remaja yang mengujakan. Patutlah ramai kaum lelaki sibuk berpoligami mulai umur 40-an. Orang perempuan benci sangat dengan poligami....bukan benci tetapi meluat dengan salah faham kaum lelaki tentang poligami. Nabi berpoligami kerana beliau sempurna dan sentiasa mendapat syafaat daripada Allah...nak ikut sempurna macam Nabi memangle tak boleh...habis tu kami ni tak boleh berpoligamilah ya? Terpulangle kome, dah lengkapke tarbiyah anak di rumah? Kesian dengan anak....ayah tak cukup masa nak tengok kerja sekolah anak...kalau tengok pun cepat benor naik anginnya.
Lagi satu, dunia cyber sekarang memudahkan kaum lelaki mencari teman wanita....ingatlah,walaupun tak ada orang nampak..Allah Maha Mengetahui....niat untuk menghampiri zina tetap berdosa. Bukan kita orang yang cari....kaum wanita dalam dunia cyber berebut-rebut mencari teman...dalam WAYN...huh! ramai betul nak jumpa....dalam fbook...ramai wanita nak add...tu belum dalam Twitter,YM....
Inilah dunia akhir zaman,dajal menurunkan alat iaitu internet untuk melemahkan iman umat Islam....kita sebagai umat Islam seronok sangat diperbodohkan oleh dajjal. Tepuk dada tanya iman dan jangan tanya selera. Dunia yang penuh dengan gejala sosial ini memang akan bertambahlah sosialnya kerana iman kita terlalu rapuh.

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET