Monday, December 20, 2010

APABILA SESUATU DALAM HIDUP KITA TIDAK BERNILAI.


Ada orang kata "habis manis sepah dibuang', "seperti kacang lupakan kulit","sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi". Itulah antara pepatah Melayu yang dapat menggambarkan sesuatu sudah tidak bernilai lagi atau sudah tidak dihiraukan tidak seperti masa lalunya.

Begitu juga kehidupan dalam sesebuah keluarga,adakah suami atau isteri sentiasa berharga dan dinilai sebagaimana sepatutnya. 'Pernah seorang rakan bercerita...penat betul uruskan rumahtangga ni....pagi-pagi pergi pasar, memasak dan waktu petang pula sediakan minum petang...paling sakit hati kena kemas rumah lagi...Takkan suami tak tolong? Takut nak suruh banyak-banyak,nanti naik angin atau dia buat tak tahu sahaja.

Mungkin betul juga kata orang-orang tua..jangan manjakan suami sangat nanti mati kamu buat kerja sorang-sorang. Dalam zaman globalisasi ini apakah semua perkara perlu diingatkan atau diminta tolong baru orang akan tolong? Sepautunya masing-masing tahu peranan masing-masing dan sesungguhnya suami dan isteri merupakan tonggak kebahagiaan sesebuah institusi bernama keluarga.

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET