Friday, December 31, 2010
Wednesday, December 29, 2010
JAGALAH PANDANGANMU KAUM LELAKI....
Editor: Musafir Dunia
Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pertamanya saya memohon maaf atas tulisan ini bukan mahu menjatuhkan sesiapa bukan pula mahu semata2 membela wanita..
bacalah dengan hati yang terbuka...
ia sekadar perkongsian dri saya, hasil pemerhatian dan pgalaman peribadi.
Tengok ni, lukisan pun cantik tau, kalau wanita betul, lagi cantikkan?
" subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"
aish, punyalah bnyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya?
Apabila lelaki tak jaga mata..
memanglah..alasan paling tak sedap dengar yg lelaki bagi
"standardlah tu, kiteorg kan lelaki,"
"normallah tu, huda, klu tak nnti org ingat kami gay pulak.... aish.. ."
"klu tak suka, something wrong somewhere."
" dah diaorg tunjuk, kita tengok jelah"
"free show sapa tak nak?"
"tengok je, bukan buat apa.."
"tengok je, tak luak la."
"tengok je, tak sentuh pun.."
"tengok je, tengok je, tengok je."
astaghfirullahalazim.ayat yang memang la sgt mengerunkan saya,
seorg perempuan..
ya Allah!
apa je yang ditengok tu?
kalau AL QURAN tu, jgn kata baca, tengok dah dapat pahala,
aurat dan aset perempuan ni, jangan kata pegang, sentuh,
usik dan lain2 yang tak snggup sebut disini,
TENGOK sahaja dah dapat DOSA.
ulang tulis DOSA!
TENGOK = DOSA!
percuma2, tak buat apa, sekadar TENGOK JE dah dapat dosa.
senang je. seronok ke kumpul dosa mata?
mengucap panjang saya, dan tergeleng2 lah kepala mendengar dan menulis ayat2 nie.
beruntunglah telinga2 yg xpernah mndengarnya dan
Amat beruntunglah bibir2 yang tak pernah menyebutnya dan
berbahgialah hati2 yang tak pernah terlintas benda2 sperti ini...
Apabila lelaki tak jaga mata, pukul rata, tengok semua benda.
siapa kata, perintah menundukkan pndgan hnya utk perempuan?
ayat AL QURAN
SIAKAP MASAM MANIS ALA THAI.
Tuesday, December 28, 2010
Sunday, December 26, 2010
Saturday, December 25, 2010
TERINGIN NAK BUAT ROTI...JADILAH.
Thursday, December 23, 2010
Wednesday, December 22, 2010
ASAM TUMIS PERUT
Perut rm5.00, 1/2 mangkuk cili kering kisar,1 inci belcan,3 sudu sos cili,1 sudu sos tiram,1/2 sudu secukup rasa, 1 lbu bwg besar,4 ulas bwg putih, garam secukup rasa, 2 asam keping dan minyak untuk menumis. Cara-cara nak masak rasanya semua pndaikan...pstikan tumis cili dgn api sederhana dan betul2 garing/masak,,,baru masuk 2.5 mangkuk air(ikut suka).
Monday, December 20, 2010
APABILA SESUATU DALAM HIDUP KITA TIDAK BERNILAI.
Ada orang kata "habis manis sepah dibuang', "seperti kacang lupakan kulit","sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi". Itulah antara pepatah Melayu yang dapat menggambarkan sesuatu sudah tidak bernilai lagi atau sudah tidak dihiraukan tidak seperti masa lalunya.
Begitu juga kehidupan dalam sesebuah keluarga,adakah suami atau isteri sentiasa berharga dan dinilai sebagaimana sepatutnya. 'Pernah seorang rakan bercerita...penat betul uruskan rumahtangga ni....pagi-pagi pergi pasar, memasak dan waktu petang pula sediakan minum petang...paling sakit hati kena kemas rumah lagi...Takkan suami tak tolong? Takut nak suruh banyak-banyak,nanti naik angin atau dia buat tak tahu sahaja.
Mungkin betul juga kata orang-orang tua..jangan manjakan suami sangat nanti mati kamu buat kerja sorang-sorang. Dalam zaman globalisasi ini apakah semua perkara perlu diingatkan atau diminta tolong baru orang akan tolong? Sepautunya masing-masing tahu peranan masing-masing dan sesungguhnya suami dan isteri merupakan tonggak kebahagiaan sesebuah institusi bernama keluarga.
Saturday, December 18, 2010
KENAPA NABI MUHAMMAD SUKA MEMBERI HADIAH KEPADA ISTERI
Hadiah merupakan pelembut bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, orang yang menerimanya akan rasa dihargai. Jika penerima itu sedang sedih atau marah, biasanya perasaan sedih dan marah itu akan semakin kurang atau terus hilang.
Baginda Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menunjukkan teladan hebat sebagai seorang suami yang gemar memberikan hadiah buat isteri-isterinya. Bahkan baginda mengaitkan secara jelas, ikatan antara hadiah dan kasih sayang. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya;
"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)
Pengikat Kasih, Pendamai Jiwa
Peranan hadiah sebagai pengikat kasih dan pendamai jiwa memang tidak boleh dinafikan. Hal ini terbukti dan pernah dialami sendiri oleh tokoh gerakan Islam Imam Hasan Al-Banna. Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al-Banna sering menyampaikan kuliah agama. Dalam kuliah beliau itu, terdapat seorang Pak Cik tua yang sering mengemukakan soalan-soalan dengan niat untuk merendahkannya. Soalan yang dikemukakan itu, bukan dengan tujuan untuk mendapat ilmu, tetapi bagi menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang tokoh gerakan Islam di Mesir.
Melihat tindakan Pak Cik tersebut, Imam Hasan Al-Banna berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu. Akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah, menyebabkan Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut.
Ekoran dari kejadian tersebut, menyebabkan Pak Cik itu sudah mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-Banna, dan selepas dari kejadian itu, Pak Cik tersebut tidak lagi mengemukakan soalan-soalan "pekena" seperti yang selalu dilakukan sebelum ini.
Dari kisah ini, jelas kepada kita bahawa hadiah merupakan faktor penting dalam menaikkan semangat sayang menyayangi antara manusia. Lebih-lebih lagi, dalam usaha hendak melahirkan kasih sayang antara suami dan isteri.
Nabi SAW merupakan sebaik-baik contoh yang perlu dijadikan tauladan dalam pengurusan rumah tangga ini. Hal ini kerana, didapati baginda SAW juga sering memberikan hadiah kepada isterinya. Semuanya ini adalah bertujuan, untuk melahirkan perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.
Kemurahan hati Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam memberikan hadiah untuk isterinya terbukti seperti yang digambarkan dalam hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita;
Maksudnya;
"Ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, "sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu." Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah SAW; "jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu." (Musnad Ahmad : 26016)
Hadis ini amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana Rasulullah SAW menaikkan semangat kasih sayang baginda terhadap isteri-isteri. Memberi hadiah menjadi rutin bagi Nabi SAW.
Ubat Untuk Krisis Rumah Tangga
Oleh itu, bagi mereka yang sedang berada dalam krisis rumah tangga, perlu sangat mengambil pengajaran dari kisah Nabi ini sebagai panduan dalam menyelesaikan krisis tersebut. Disamping itu juga, bagi mengeratkan kasih sayang antara dua suami isteri, sewajarnya menjadikan pemberian hadiah antara pasangan sebagai sesuatu yang rutin.
Pemberian hadiah itu, tidak semestinya dari suami kepada isteri, bahkan tidak ada salahnya jika isteri yang memberikan hadiah kepada suami dalam mengeratkan hubungan kasih sayang dalam berumah tangga.
Begitu juga, bagi mereka yang berpoligami, kadangkala berlaku sedikit krisis antara isteri-isteri. Jadikan hadis ini sebagai panduan dalam mencari jalan penyelesaian. Mungkin suami memberikan hadiah kepada isteri-isteri masing-masing, atau bagi isteri yang sedar kesilapan ini berlaku, beliau bertindak memberikan hadiah kepada isteri yang lain.
Semuanya adalah bertujuan, untuk melahirkan keluarga yang bahagia, berasaskan kepada contoh tauladan Nabi Muhammad SAW.
Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.
Siapa yang jadikan mata kita?
Mereka menjawab : Allah
Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?
Mereka : (terdiam)
Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.
Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberian-Nya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal?
Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.
Mereka : (memegang lidah masing-masing)
Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.
Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala).
Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun dan berkata bohong? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua?
Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita dicampakkan ke dalam neraka?
Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)
Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.
Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)
Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah? Memukul kawan? Menulis surat cinta? Mencuri ?
Mereka : Benar ustaz... ya Allah... ampunkanlah dosa kami....
Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepada-Nya? Menyatakan syukur terhadap-Nya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?
Mereka : (Air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepada-Mu.. Aku sombong pada-Mu Ya Allah.....
Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.
Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki).
Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan?
Mereka : (Menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).
Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaan-Nya? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkan-Nya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada?
Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepada-Nya?
DONUT LAGI...
Thursday, December 16, 2010
Tuesday, December 14, 2010
IKAN PAIS
6 ekor ikan kembung,1/2 mangkuk kelapa,1 labu bwg besar,5 biji cili api,sebiji cili merah,garam,serbuk kunyit,secukup rasa,1/2 biji limau kastruri.
Tumbuk semua bahan dan gaul pada ikan lalu dibungkus dgn daun pisang yg dialaskan
dgn daun kunyit. Panggang atas kuali leper selama 10 minit sebelum dibalikkan dan panggang lagi 10 minit bagi sebelah yg lain.
Resepi tradisional ini diajar oleh ibu saya...cubalah.
Monday, December 13, 2010
Sunday, December 12, 2010
Saturday, December 11, 2010
KISAH SEORANG CIKGU TADIKA.
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.
Thursday, December 9, 2010
MACAM MANA TAK NAIK BADAN....
Tuesday, December 7, 2010
Monday, December 6, 2010
SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA.
Semua yang datang dan pergi dalam hidup ini pasti akan meninggalkan parut...terpulang kepada kita sama ada menjadi lebih dari semalam atau tidak. Sesungguhnya insan yang bijak akan berubah demi keberkatan Allah swt. Insan yang buta hatinya akan kekal dengan kemungkaran dan semoga kita dijauhkan daripada menjadi seperti itu. Malam Maal Hijrah ini teringin sangat rasanya untuk melihat keluarga sendiri menjadi keluarga yang soleh dan semoga kami sekeluarga dimasukkan ke syurgaMu Ya Allah.