Wednesday, August 11, 2010

SAYUNYA RAMADHAN INI.....

Ramadhan kali ini jauh berbeza dengan tahun-tahun lepas,tanpa suami di sisi. Bersahur dan berbuka tanpa suami menjadikan aku begitu sayu melayan kerenah anak-anak. Memang banyak hikmahnya berjauhan kerana kejujuran kita diuji. Apakah kita jujur dengan Tuhan, tanpa pasangan di sisi kita bebas melakukan apa sahaja. Masyarakat alaf baru memang terlalu sosial kerana budaya email ,chatting dan sms sudah sebati dan tidak boleh dipisahkan. Bukan sahaja remaja tetapi golongan dewasa juga terlalu menggilainya. Mengapa kita suka kepada perkara yang dlarang? Ada pendapat mengatakan itu memang fitrah manusia. Takkan takboleh,bukannya datting....dunia cyber sudah canggih...jarak tempat bukan masalah. Tanpa kita sedari budaya ini menjadikan kita mesra walaupun melibatkan hubungan lelaki dan perempuan,isteri orang dengan suami orang. Sebagai umat Islam sepatutnya kita menjadi contoh dan teladan agar membatasi hubungan bukan muhrim kerana orang ketiga dalam hubungan ini sudah tentunya syaitan. Sambutlah Ramadhan kali ini dengan kalimah taubat, jadikan perasaan sayu dalam bulan Ramadhan ini untuk mendekatkan diri dengan Allah dan pohonlah keampunan kerana dosa kita akan diampunkan pada bulan yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET