Saturday, August 28, 2010
JIKA BOLEH RAMADAN TIDAK AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA...
"Mak, adik tak larat nak puasa,adikkan kecil lagi",begitulah si Bongsu....dapat berpuasa sehari sahaja. Tiap-tiap hari berpuasa sehingga jam 11 pagi dan kadangkala tak puasa langsung. Sudah 19 hari kita berpuasa dan diari aku sekeluarga tetap sama, berbuka istimewa setiap hujung minggu kerana suamiku balik dan terbayang jelas pada wajah anak-anak apabila ayahnya ada. Sibuknya anak-anak kerana ada yang akan menyambut UPSR,PMR dan SPM.....teruskan berusaha sayangku kerana usaha yang luar biasa pastinya hasilnya luar biasa juga. Berdoalah semoga kerberkatan bulan Ramadan ini akan memudahkan kita mengingat segala ilmu yang telah dipelajari dan semoga ayahmu kembali bertugas hampir dengan kita sekeluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment