Tuesday, October 6, 2009

TIPS MEMBUAT BISKUT

Tip Membuat Biskut
1. Panaskan ketuhar sebelum kepada 180 C selama 15 minit.
2. Guna mentega tulen lebih sedap dari majerin.
3. Tepung gandum all purpose boleh digunakan tapi lebih rangup jika guna tepung biskut (Cookies flour).Saya guna tepung jenama Red Rose.
4. Guna telur bersaiz sederhana, jangan guna telur besar kerana banyak air dan jadikan doh lembik.
5. Jika doh lembik, boleh tambah sedikit tepung. Masukkan dalam plastik dan simpan peti sejuk 30 minit agar ia mengeras.
6. Emplex adalah serbuk perangup biskut, tapi tak semua biskut mengunakannya.Jika dah rapuh, tak perlu guna emplex.
7. Sebaiknya bakar biskut guna api atas dan bawah.
8. Biarkan biskut sejuk baru diangkat dari dulang pembakar. Masih panas ia lembut dan mudah pecah.
9. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.Biskut tahan disimpan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
10. Biskut perlainan jenis jangan disimpan dalam bekas yang sama kerana akan berubah rasa.
Banyak lagi tip dan panduan yang dimuatkan dalam buku baru saya nanti. Apa-apapun saya mengucapkan semoga sukses dalam projek biskut raya anda.

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET