Saturday, October 31, 2009

PUDING TRIFFLE



KELAS AGAR-AGAR UKIR

Berjaya juga buat agar-agar ukir!
Dicelup dengan agar-agar untuk mengilatkannya.

Hati-hati ketika mengukir,pesan Datin Sabariah.
Jadipun buah pisang.
Ini buah belimbing,bukan pisang tau?
Kacau agar-agar jangan berhenti.
Tambah Imej

Tuesday, October 27, 2009

JANGAN SIBUK

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammadahmadshahrul@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Bengang dengan kritikan Akhil Hayy, penyanyi rock, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 42, mahu penceramah itu tutup mulut dan mencermin diri sendiri sebelum cuba mentarbiah artis yang kononnya terpengaruh dengan ajaran sesat.Malah, penyanyi kumpulan Wings itu mengakui telinganya ‘panas’ apabila mendengar nama artis berkenaan dan memberi amaran kepada Akhil supaya tidak lagi bercakap mengenai dunia artis atau mengaitkan golongan itu dengan sebarang bentuk ajaran sesat. Awie mendakwa gelaran ‘ustaz’ yang diberikan masyarakat terhadap Akhil tidak wajar kerana penceramah itu sepatutnya mencerminkan kredibiliti dirinya terlebih dulu. Tanpa berselindung, Awie mempertikaikan kewibawaan Akhil untuk mentarbiah golongan artis berdasarkan kredibiliti kehidupan rumah tangganya yang boleh dipertikaikan bukan saja di kalangan penggiat seni, malah masyarakat umum.

Monday, October 26, 2009

KELEBIHAN BERZIKIR

Firman Allah s.w.t maksudnya"Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar."( al-Ahzab 35 )

Dari Rasulullah s.a.w ,"Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga."( H.R Muslim)

• Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
• Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
• Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
• Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
• Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
• Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
• Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.
• Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
• Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
• Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
• Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
• Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
• Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
• Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
• Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
• Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
• Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
• Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
• Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, "ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu".

Sumber artikel : http://dakwah2u.blogspot.com

Saturday, October 24, 2009

DEMO MASAK RENDANG AYAM



Bahan-bahan:


1 ekor ayam dipotong 16
400gm santan
12 biji cili kering direndanm dan dikisar*
3 ulas bawang besar(2 biji dikisar)*
8 ulas bawang putih(3 ulas dihiris dan 5 dikisar)*
1 inci halia(1/2 dikisar dan selebihnya dihiris)
2 inci lengkuas( sama spt di atas)
RM2 kerisik
3 helai daun kunyit sederhana(dihiris)
6 btg serai (3 dihiris halus dan 3 dikisar)
1/2 inci kunyit hidup *
2 keping asam keping
1/2 sudu secukup rasa
Masukkan ayam ke dalam kuali bersama semua bahan yang dikisar,santan,secawan air.
Apabila mendidih ,kacau perlahan,masukkan kerisik,asam keping.Setelah kuah pekat masukkan
daun kunyit yang dihiris.Jangan lupa masukkan sesudu kecil garam dan secukup rasa. Tambah mengikut cita rasa anda. S elamat mencuba.

Tuesday, October 20, 2009

2-1= 0

Dari segi ilmu metamatik, jawapan pengiraan di atas memang salah. Budak tadika pun tahu apa jawapan betul yang sepatutnya. Hakikatnya, itulah pengiraan dalam Islam. Pengakhiran hidup kita hanyalah dua, samada baik atau sebaliknya. Pekerjaan dan perlakuan kita hanya mempunyai dua balasan, pahala atau dosa. Tiada setengah atau suku darinya.
Formulanya senang. Segala kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan, sejajar dengan syariat Islam, maka ganjaran pahalalah untuk pelakunya.Perintah dan suruhanNya yang kita lakukan dengan baik dan menepati garis panduan, juga pahala sebagai balasan. Dan sebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.(4:40) Barang siapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(4:111)
Aplikasi Secara logiknya, adakah seseorang yang bertudung, tapi menampakkan susuk tubuh yang tidak sepatutnya dikira menutup aurat? Semestinya tidak. Apakah pelakunya akan mendapat ganjaran pahala atau sebaliknya? Dari pemahaman formula di atas, kosong jawapannya. Begitu juga dalam pemahaman tentang solat. Melakukan solat tanpa mematuhi rukun solat, adakah sah solat kita? Semua setuju jika jawapannya tidak. Harus lengkapi syarat-syarat yang sepatutnya.Pening melihatkan stail tudung yang muncul dengan pelbagai fesyen dan corak. Stailnya dipadankan dengan contoh artis yang bertudung, kononnya menjadi ikon untuk muslimah bertudung. Gejala bertudung memang berkembang pesat di Malaysia dan ia memang dapat dibanggakan.
Tapi, cuba pandang dua kali, adakah tudung yang dipakai menepati syara' Islam?Allah memberikan garis panduan seperti yang termaktub dalam surah al-nur, ayat 31
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Perintah Allah menyatakan pemakaian tudung perlulah menutupi dada.
Namun, banyak salah faham yang berlaku. Rata-rata yang bertudung tidak menepati hukum aurat. Bentuk dada masih didedahkan padahal rambut dan leher elok bertutup. Apa yang kita dapat? Saya menyeru kepada muslimah yang membaca artikel ini agar bertudung mengikut panduan dan syariat Islam. Bertudung bukan semata-mata menutup rambut kita, tapi perlulah menutupi dada juga. Saya rasa, alang-alang menampakkan dada, kenapa tidak yang lain juga padahal juga dosa yang dapat. Sama saja dosa orang yang bertudung tetapi tidak mematuhi syarat dengan yang mendedahkan rambut kerana pahala itu tiada separuh-separuhnya.
Dalam menutup aurat, Islam menetapkan pakaian seseorang muslimah perlulah meliputi seluruh tubuh wanita longgar, tidak nipis, bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya dan tidak menyamai pakaian lelaki. Praktikal 2-1=0 juga untuk syariat-syariat Islam yang lain. Konsepnya mudah. Lakukan perintah Allah dengan mematuhi syarat-syaratnya, pahala akan kita dapat. Satu syaratnya kita abaikan, dosa yang diperolehi oleh kita. Kadangkala, konsep ini kita terlepas pandang.Wallahua'lam

Monday, October 19, 2009

MENU MAKAN TENGAHARI

Ulaman dan ikan goreng


Ayam masak lemak cili api dan goreng kunyit
























Sunday, October 18, 2009

NERAKAKAH TEMPATKU

Bismillahir-Rahmanir-Rahim Assalamu 'Alaikum wr wbt
Hadis berkenaan tajuk di atas sedia diketahui umum. Bahkan di masjid, surau dan musolla sering diberi peringatan tentang hadis-hadis berhubung dengan ancaman-ancaman terhadap wanita yang telah diwasiatkan oleh Rasululllah saw 14 abad yang lalu. Apa yang kita cuba ketengahkan di sini ialah sejauh mana kesedaran kaum wanita terhadap pesanan, wasiat dan ancaman ini. Adakah ancaman dan amaran Rasulullah ini ditujukan kepada wanita-wanita yang tidak beriman? Adakah ancaman ini ditujukan kepada wanita-wanita yang tidak bersolat, tidak berpuasa dan tidak bersedekah? Jika diteliti, hampir kesemua hadis berkenaan adalah ditujukan secara khusus oleh Rasulullah saw kepada para wanita Islam kerana wanita-wanita kafir yang mati dalam keadaan kafir, tempat kembalinya adalah neraka kecuali jika dikehendaki Allah sebaliknya. Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Memenuhi janji-Nya! Sabda Rasulullah saw : " Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: " Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? " Baginda menjawab : " Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Muslim) Sabda Rasulullah saw : " Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: " Mengapa demikian ya Rasulullah? " Baginda menjawab: " Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup." (Riwayat al-Bukhari) Sabda Rasulullah saw : " Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali. " (Thabarani di dalam al-Awsat)Petunjuk Rasulullah saw dalam hadis-hadis ini dan juga banyak hadis lain sangat jelas mengaitkan sebab-sebab wanita dihumban ke dalam neraka. Iaitu kerana derhaka kepada suami. Kebanyakan wanita Islam yang menunaikan solat dan tanggungjawab lain di dalam agama gagal memerhatikan petunjuk utama Rasulullah saw ini. Mereka tahu ancaman tersebut secara nyata tetapi suasana kehidupan moden yang penuh dengan cabaran dan mengejar impian kerjaya membuatkan mereka diselubungi kegelapan. Seringkali mereka tersungkur di hadapan keindahan duniawi serta kemewahannya. Pada beberapa ketika mereka bangkit daripada jatuh dan cuba menuju cahaya kebenaran, nafsu dan Iblis sedia menanti untuk menarik mereka kembali ke jalan kesesatan.* diolah daripada artikel asal . I LUV ISLAM

Saturday, October 10, 2009

KEPENTINGAN SOLAT PADA AWAL WAKTU

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak? Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Tuesday, October 6, 2009

TIPS MEMBUAT BISKUT

Tip Membuat Biskut
1. Panaskan ketuhar sebelum kepada 180 C selama 15 minit.
2. Guna mentega tulen lebih sedap dari majerin.
3. Tepung gandum all purpose boleh digunakan tapi lebih rangup jika guna tepung biskut (Cookies flour).Saya guna tepung jenama Red Rose.
4. Guna telur bersaiz sederhana, jangan guna telur besar kerana banyak air dan jadikan doh lembik.
5. Jika doh lembik, boleh tambah sedikit tepung. Masukkan dalam plastik dan simpan peti sejuk 30 minit agar ia mengeras.
6. Emplex adalah serbuk perangup biskut, tapi tak semua biskut mengunakannya.Jika dah rapuh, tak perlu guna emplex.
7. Sebaiknya bakar biskut guna api atas dan bawah.
8. Biarkan biskut sejuk baru diangkat dari dulang pembakar. Masih panas ia lembut dan mudah pecah.
9. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.Biskut tahan disimpan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
10. Biskut perlainan jenis jangan disimpan dalam bekas yang sama kerana akan berubah rasa.
Banyak lagi tip dan panduan yang dimuatkan dalam buku baru saya nanti. Apa-apapun saya mengucapkan semoga sukses dalam projek biskut raya anda.

Monday, October 5, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PMR

Di sini cikgu ingin mengucapkan selamat menghadapi PMR kepada semua pelajar SMKSP. Jangan sesekali takut untuk menghadapi sebarang cabaran. Anda pasti boleh! Mulakan sebarang langkah dengan Bismillah dan berselawatlah sebanyak 3 kali untuk memulakan menjawab selepas membaca doa. Sebarang ilmu yang tiba-tiba sukar diingati maka berselawatlah ,insyallah Tuhan akan menolong dan memudahkan anda dalam menjawab sebarang soalan. Cikgu doakan anda semua cemerlang dalam menjawab soalan PMR yang akan bermula hari Rabu ini.

Saturday, October 3, 2009

MAJLIS PERSARAAN TN HJ RAMDAN B KANTAN SERTA JAMUAN AIDIL FITRI
















BACAAN YASSIN PADA WAKTU MALAM
















TIGA HARI LAGI PMR BERMULA






Program Bacaan Yassin pada waktu pagi 2.10.09 dan pada waktu malam pula bersama-sama ibu bapa.

TIPS SAINS PMR 2009 & BENGKEL MENJAWAB SOALAN PMR



PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET