Thursday, June 4, 2009

RESEPI PUDING TRIFFLE.

Assalamualaikum, kali ini saya ingin berkongsi resepi puding yang amat terkenal dan disukai oleh ramai guru di SMK SERI PERAK. Antara bahan yang perlu disediakan ialah:


1. 1 tin susu cair
2. 1/4 cawan jus laici
3. 5 sudu tepung kastad
4. 1 tin laici / fruit cocktail
5. Sebiji kek chiffon oren/ pandan
6. Setengah cawan air
7. Secawan Fresh Cream yang boleh didapati di kedai kek


Cara- cara membuatnya ialah:

Kek chifon dipotong nipis-nipis, dan aturkannya dalam sebuah bekas. Kemudian, letakkan buah laici ditepi kek. Siram air laici diatas kek sedikit.

Selepas itu, susu cair tadi campur dengan air dan air laici. Letakkan kastad, kacau sebati. Selepas itu, letak atas dapur dan kacau tanpa henti selama 10/ 15 minit. Apabila pekat, curah atas bekas kek tadi. Sejukkan dan masukkan dalam peti ais.

Putar fresh cream dakam suhu bilik dan letak air sejuk 1/ 2 cawan. Pastikan putar tidak lebih 5 minit. Letak atas puding tadi dan aturkan buah anggur, strawberry atau kiwi (mengikut citarasa anda).

Dan puding tadi sedia dimakan. Cubalah!

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET