Thursday, June 11, 2009

Kenyataan Abg Ust Akil

Apabila ditanya soalan tentang kisah terkini Ustaz Akil beliau menjawab " Mudah-mudahan mereka dapat selesaikan cara baik diluar mahkamah " katanya selamba.Lalu menyambung lagi "Memang keluarga kami pun hendakkan perkara ini di selesaikan dengan jalan yang sebaik-baiknya dan segala berita-berita hangat kedua belah pihak di hentikan segera kerana ia akan menambahkan lagi kerunsingan ibu kami ( ibu Akil ).

"itulah luahan hati seorang abang, Abd Hadi terhadap adik beliau Ustaz Akil Hayy yang sedang hangat diperkatakan tentang hubungan Ustaz Akil bersama artis terkenal Waheeda sehingga menyebabkan berlaku keretakan rumahtangga adiknya ( Ustaz Akil ).Apabila gua ajukan soalan sensasi iaitu," Betul ke Ustaz Akil dah khawin ngan Waheeda?" lantas dengan tersenyum berliau menjawab " memang mereka sudah pun berkhawin,dan keluarga pun dah tahu,cuma kesilapan Ustaz Akil ialah tidak menyatakan kepada masyarakat,sehinggakan hubungan Ustaz ngan Waheeda sudah menjadi satu fitnah yang besar sehingga membabitkan keretakan rumahtangganya sendiri," tegas beliau."


Mungkin kedua-dua belah pihak ada membuat kesilapan,maklumlah sebagai suami isteri sudah pasti perkara ini sering berlaku cuma cara penyelesaiannya yang berlainan,selesaikanlah cara betul mengikut lunas-lunas islam dan carilah pihak lebih arif untuk meredakan kembali suasana yang gawat ini,pihak mahkamah juga telah memberi masa untuk mereka selesaikan dulu secara baik,dan kita sama-samalah berdoa" katanya lagi.Beliau juga meminta pihak-pihak media agar tidak memainkan isu ini secara sensasi kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak selesa terhadap ibu serta keluarga di pihak Ustaz Akil." Kalaulah ini sebagai satu kifarah kepada Akil,sudah pasti beliau perlu bermuhasabah agar kembali kelandasan perjuangan yang sebenarnya dan menjadi kebanggaan keluarga." katanya sebagai penutup bicara gua dan Brader Hadi Hai di sebuah kedai makan di Gunung Rapat.
(sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com )

1 comment:

  1. Itulah dunia. Bila dah senang lupa anak isteri, 3 bulan x jumpa pun x rasa apa. Sanggup tinggalakn anak untuk berbulan madu dgn isteri ke2. Apa hukumnya merahsiakan pernikahan? Anda semua jawablah sendiri...

    ReplyDelete

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET