Si bongsu terlalu gembira apabila mendapat tahun yang dia akan mendapat adik . Seluruh ahli keluarga terkejutdan gembira. Mulalah alah menjenguk...semuanya busuk kecuali bau kari.
Air kelapa muda pula jadi kegemaran. Jauh di lubuk hatiku risau jika keguguran datang lagi namun alah yang begitu kuat menghilangkan kerisauan. Cukup tiga bulan selera mula hilang...kenapa ya? Memang tidak dinafikan lelah berhadapan dengan kerenah sekolah yang tidak pernah menenangkan minda. 14.Mei.2011, aku mula turun darah dan berlarutan ke 3 hari selepas itu. Sakit semakin kuat dan sempat juga aku ke sekolah menyambut Hari Guru tetapi balik awal kerana sakit semakin kuat. Kandungan ini tidak dapat diselamatkan. Sedih bercampur sayu melihat darah yang tak henti-henti keluar. Ini gugur kali keempat dalam hidupku...mungkin kandungan ini kurang sihat. Allah maha Mengetahui atas apa yang dirancangkan dalam hidup setiap insan.
No comments:
Post a Comment