Monday, May 30, 2011
APABILA DIRI INI TERLALU LETIH .....
menyuruh anak-anak mengemas rumah
menyuruh anak-anak mengaji
menyuruh anak tolong basuh pinggan
meminta tolong suami picitkan bahu
meminta tolong suami tolong bersihkan longkang
Letih dan jemu....
mengucapkan perkara yang sama setiap hari
memikirkan apa yang hendak dimasak untuk esok
berulang menegur anak murid.
Takut dan serik...
untuk hamil lalu gugur
namun semuanya terpaksa dihadapi
sehingga nyawa dicabut.
LELAKI SEJATI
Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang sahaja, tetapi dari kelembutannya mengatakan suatu kebenaran.
Lelaki Sejati bukan dilihat dari besarnya musuh yang dilawannya, tetapi dari ia menjadikan Syaitan dan para pengikutnya sebagai musuh yang nyata.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya sahaja, tetapi dari sikap bersahabatnya pada pada setiap makhluk Tuhan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati oleh kawannya sahaja, tetapi bagaimana dia juga dihormati oleh lawannya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang sahaja, tetapi dari hati yang ada dibalik itu.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya Wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap Wanita yang dicintai.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan sahaja, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari indahnya membaca Al-Quran sahaja, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.
Lelaki Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci, melainkan bukti yang pasti.
Lelaki Sejati adalah yang benar-benar Lelaki!
Monday, May 23, 2011
SAAT ITU DATANG LAGI....
Air kelapa muda pula jadi kegemaran. Jauh di lubuk hatiku risau jika keguguran datang lagi namun alah yang begitu kuat menghilangkan kerisauan. Cukup tiga bulan selera mula hilang...kenapa ya? Memang tidak dinafikan lelah berhadapan dengan kerenah sekolah yang tidak pernah menenangkan minda. 14.Mei.2011, aku mula turun darah dan berlarutan ke 3 hari selepas itu. Sakit semakin kuat dan sempat juga aku ke sekolah menyambut Hari Guru tetapi balik awal kerana sakit semakin kuat. Kandungan ini tidak dapat diselamatkan. Sedih bercampur sayu melihat darah yang tak henti-henti keluar. Ini gugur kali keempat dalam hidupku...mungkin kandungan ini kurang sihat. Allah maha Mengetahui atas apa yang dirancangkan dalam hidup setiap insan.
Sunday, May 22, 2011
FACEBOOK BUKAN TEMPAT UNTUK MENAMBAH DOSA.
Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.
Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.
Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.
Friday, May 20, 2011
Sunday, May 1, 2011
Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.
Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelama. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!
Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!
Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat. Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?