Monday, January 31, 2011

UJIAN ITU TANDANYA ALLAH SAYANGKAN KITA.

langkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!

- Artikel iluvislam.com

Sunday, January 30, 2011

CUCUR DURIAN


10 ulas durian -dibuang biji, 3/4 cwn gula,3 sudu susu pakat,1 mangkuk besar tpg gandum. Gaul rata dengan sdedikit air.

Monday, January 24, 2011

TABIAT MEMBACA RAKYAT MALAYSIA.


110122-reading
Tabiat membaca di kalangan orang ramai meningkat sedikittahun lepas

dengan 56,676 telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan tempatan di seluruh negara, menurut statistik Perpustakaan Negara.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata dalam tempoh itu 776,347 buku telah dipinjam oleh para pembaca iaitu peningkatan 9.5 peratus berbanding 2009.

Beliau memberikan butiran ini semasa melancarkan kempen galakan membaca 1Malaysia, kali pertama tahun ini, di sebuah rumah panjang Iban, Rh.Ijam di Nanga Sebuntang di kawasan Parlimen Julau di sini, malam tadi.

"Rakyat Malaysia terutama di kawasan bandar pada umumnya kini mula menanam tabiat suka membaca.

"Bagi yang tinggal di kawasan luar bandar patut mengikut langkah ini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan semasa," katanya.

Salang berkata adalah penting supaya orang ramai mengamalkan budaya itu secara berterusan agar usaha kerajaan bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dapat menjadi kenyataan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Salang berkata, beliau akan berusaha mewujudkan lebih banyak perkampungan WiFi bagi melengkapkan usaha Perpustakaan Negara bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang meminjam buku dari perpustakaan supaya memulangkannya mengikut jadual bagi memberi peluang orang lain meminjamnya pula.

"Kami bangga bilangan yang gagal memulangkan buku-buku mengikut jadual tidak banyak.

Meminjam buku adalah satu latihan mengenai disiplin peribadi," katanya. Salang juga menyampaikan bantuan khas berjumlah RM100,000 dari kementeriannya kepada lebih 20 pertubuhan agama dan sosial dari daerah Julau dan Pakan.

Sumber: Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia)

Friday, January 21, 2011

ASAM TUMIS CILI API AYAM PANGGANG


10 ketul ayam,15biji cili api,selabu bawang besar,4 ulas bwg putih,1/2 inci belacan,sesenduk sos cili,1 sudu sos tiram,sesudu pes nasi ayam cosway,1/2 sudu secukup rasa,garam secukup rasa.
Gaul ayam dgn garam dan kunyit,dan panggang atas kuali leper(1/2 masak). Semua bwg,belacan,cili api dikisar dan tumis. Setelah garing masukkan 3 mangkuk sederhana air,sos cili,sos tiram,asam keping dan semua bahan di atas.

Monday, January 17, 2011

PENING KEPALA DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG ...

Mengapa suara pengguna di Malaysia kurang kedengaran? Sudah bermacam-macam jenis barang naik harganya tetapi semua pihak membisu sahaja. Dari minyak masak yang disorok dan sebelum itu gula disorok,sekarang ini harga ikan naik tinggi. Ikan kembung dari RM 5.oo naik ke RM 10.00...di mana kuasa pihak kerajaan? Sedih betulkerana kerajaan tidak sensitif dengan kebajikan rakyat. 'Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih".

Saturday, January 15, 2011

10 PEMBASUH DOSA & PENAWAR HATI...

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

MENGAPA LIMAU MANDARIN KURANG TAHUN INI.

Jumlah limau Mandarin, buah yang mesti ada pada sambutan Tahun Baru Cina, dijangka berkurangan dan harganya lebih tinggi pada musim perayaan Tahun Arnab kali ini. Tidak ramai pemborong buah-buahan menyediakan bekalan limau Mandarin pada perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut awal Februari kerana harga yang mahal, persaingan sengit daripada pasar raya besar dan kurang permintaan daripada pengguna.

Pengerusi KL Fruit Sdn Bhd, Wong Wai Heng berkata perniagaan buah-buahan bagi Tahun Baru Cina, terutamanya limau Mandarin, masih belum rancak. Syarikatnya yang merupakan pemborong, pembekal dan pengeluar buah-buahan tempatan dan import, kata beliau masih belum merasakan kemeriahan suasana perayaan meskipun sambutan Tahun Baru Cina akan tiba kurang daripada tiga minggu lagi.

"Harga pasaran sekotak limau mandarin tahun ini adalah RM28. Berbanding tahun lepas, harganya meningkat antara RM4 dan RM5," katanya.Wong berkata pada musim perayaan Tahun Baru Cina, pelanggan biasanya lebih suka membeli limau Mandarin dalam kotak yang biasanya mengandungi 24 biji sekotak.


"Bekalan ini terhad dan saya perlu mengikut harga pasaran dunia," katanya. Peniaga buah di Pasar Borong Selayang di sini, Fong Chew Lim berkata tidak seperti perayaan lepas, pengguna kali ini mungkin mengalami kesukaran membeli limau Mandarin kerana harganya yang mahal.


"Sekarang, bukan macam dulu. Semua harga sudah naik, mana orang mahu beli," kata Fong. Hujan yang berterusan turut menjejaskan perniagaan pada Tahun Baru Cina kali ini, katanya yang berpengalaman lebih sedekad dan mendapati jumlah pembeli limau Mandarin berkurangan saban tahun. Antara punca adalah orang ramai lebih suka membeli dalam kuantiti kecil di pasar raya besar, kata beliau.

-Kuala Lumpur, 14 Januari 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia)

Tuesday, January 11, 2011

FACEBOOK NAK TUTUP...BIARKAN.

Jangan Jadikan Facebook Itu Kehidupan

Facebook adalah alat. Jadi ia harus digunakan sebagai alat. Apa akan jadi jika alat yang kita gunakan akhrinya memperalatkan kita? Pernahkah kita terfikir mengapa Islam menekankan konsep muamalat dalam kehidupan? Adakah dengan facebook konsep muamalat itu menjadi normal?

Facebook adalah platform yang paling mudah di dunia untuk menghina agama, merosakkan kehidupan orang lain, meruntuhkan insititusi keluarga, menyebarkan penipuan, menyebarkan kerosakan akidah dan sebagainya. Malah semua itu mampu berlaku dengan berkesan. Apa yang lebih menyedihkan, pelaku perkara negatif ini mampu melakukannya dengan cara yang berani dan selamat.

Adakah saya terlalu jumud dengan memberi persepsi bahawa Islam memandang negatif terhadap pembaharuan dan kemajuan? Ini bukanlah persepsi lagi. Ini adalah realiti. Hari ini anda tidak sedar satu kesilapan kecil anda, telahpun dijaja keseluruh dunia dan berkembang daripada satu perkara kecil yang digubah menjadi seperti satu jenayah atau dosa besar. Sedar-sedar anda dibaling sebiji telur oleh orang yang tidak dikenali kerana mereka membenci anda. Mungkin kerana anda tidak tahu orang memanipulasi gambar anda di facebook ketika sedang merotan anak di halaman rumah.

Mungkin ia seperti satu fantasi mengarut dan mungkin ada yang mengatakan ia takkan terjadi. Tapi saya ingin bertanya, adakah ada sesiapa yang boleh pastikan ia takkan terjadi? Malah begitu banyak 'candid' telah menjatuhkan imej seseorang tanpa disedari oleh individu diseluruh dunia. Seorang alim mungkin sedang bersalam dengan adiknya, tetapi gambarnya diambil dan dikomen sebagai 'orang alim tahi kucing' dengan komen menggambarkan dia menyentuh bukan muhrim. Mungkin akan ada penjelasan tetapi adakah penjelasan itu mampu menjelaskan fitnah yang dibuat dengan berkesan?

Alangkah mudahnya fitnah kini tersebar di akhirnya. Amat mudah juga minda manusia dipandu oleh sistem manusia sendiri. Fikirkanlah sendiri betapa pentingnya kita kembali kepada agama. Orang yang memahami agama akan memahami konsep nilai dan mungkin dapat membentengkan diri dengan sistem berbahaya ini. Bagaimanakah mereka yang tidak bersedia. Semoga Allah memberi hidayah dan kesedaran kepada umat Islam khususnya untuk tidak terjerumus dalam kerosakan yang disistemkan oleh facebook. Wallahualam. Tajdid.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, January 8, 2011

Tuesday, January 4, 2011

KENANGAN YANG TERPAHAT SUKAR DILUPAKAN....


Baru empat hari 2011 melabuhkan tirainya namun kenangan 2010 tidak pernah pudar. Terlalu banyak memori yang menyentuh emosi namun semuanya dijadikan pengalaman dalam mematangkan likuan hidup ini. Mungkin juga antara kesannya kita akan lebih imun kepada sebarang permasalahan yang bakal mendatang. Sudah tentunya juga kita akan rasa terhiris jika peristiwa itu terlalu pedih untuk ditelan. Konklusinya semua kenangan pahit dan manis itu sebagai ramuan yang menjadikan hidup kita secukup perasanya. Dalam setiap kesukaran itu sudah tentu ada kemudahan dan itu telah dijanjikan oleh Allah swt.

Saturday, January 1, 2011

TAK SAH KALAU TIDAK KE CAMERON HIGHLANDS

Rasa hendak angkut semua bunga-bunga ini
Happy sampai tak ingat pasal cuti nak habis
Comelnya sayang emak ni!
Cameron yang kami ingat selalu.
Indah sungguh kabus itu.

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET