Tuesday, November 30, 2010

Monday, November 29, 2010

HUJAN LAGI MALAM INI.....


Kedinginan malam ini bertambah lagi dengan kehadiran hujan renyai yang agak lebat ini. Pandang keliling rumah....teringinnya nak rumah macam hotel...kemas teratur dan sejuk mata memandang.

Pandang muka anak-anak.....cepatnya anak-anak membesarkan? Teringatkan suami yang berada di Taiping .....semakin memutih uban di kepalanya....apabila dipandang dekat-dekat...dah semakin tua juga suamiku.

Apalagi yang akan dipandang dan dinilai kehadirannya dalam kehidupan ini.....semuanya akan pergi meninggalkan kita. Bait-bait kehidupan ini kita yang tentukan.....manis,pahit,masam,tawar dan macam-macam rasa lagi. Namun kenapa ada manusia yang sukar sangat untuk berubah dan terus kekal dengan kemungkarannya....mungkin itulah fitrahnya dunia ini kerana merekalah yang bakal menduduki neraka.

Saturday, November 27, 2010

MELAYAN SELERA MASA CUTI

Donut kegemaran anak-anak
Mi goreng Melayu
Nasi lemak ikan rebus

Telur mata bercili

Thursday, November 25, 2010

APAKAH BENAR INILAH TANDA-TANDA SEBUAH KASIH SEMAKIN PUDAR?


Setelah mengatur pelbagai corak kehidupan dalam dunia ini,mungkin pelbagai memori dan kenangan yang merayap dan merangkum sejarah kehidupan kita. Setiap yang berlaku pastinya akan kita jadikan teladan dalam kehidupan seterusnya walaupun pahit ayau manis memori yang singgah. Apa yang ingin dikongsi bersama adalah adakah perkara-perkara yang berikut membuktikan pudarnya sebuah mahligai kasih:
1. Pasangan suka merahsiakan sesuatu daripada pasangannya.
2. Langsung tidak kisah apabila pasangannya sakit seperti demam ,usahkan tolong picit malah membawakan ke klinik jauh sekali.
3. Ulang tahun perkahwinan tidak membawa sebarang erti lagi.
4. Pasangan anda tidak suka mengucapkan terima kasih terhadap sebarang pertolongan.
5. Pasangan anda mudah melenting terhadap perkara-perkara kecil yang remeh.
Mungkin banyak lagi perkara yang menyentuh emosi kita yang boleh dijadikan panduan dalam mengukuhkan ikatan kasih kita. Apa yang penting banyakkan berdoa dan cubalah berikan sedikit perhatian kepada pasangan masing-masing agar tali kasih itu terus bersambung dan tidak akan putus.

Monday, November 22, 2010

NAK SHARE RESEPI DARI TERATAK IMPIAN.


..

RESEPI KEK KARAMEL
Source : Pn. Munira
Bahan-bahan
(A)Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
  • >>tabur gula dlm loyang n msk atas api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang).Ketepikan dulu
(B) Bahagian Atas
  • 1/2 tin susu cair FN (200ml)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
(C) Lapisan Kek
  • 140gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45ml minyak msk@butter cair
  • 2sb susu pekat manis - resepi asal xde.yg nih anna tambah
(D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

Sebelum masuk kedalam oven

Cara-cara

  • Kacau semua bhn (B) perlahan2.jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnya.
  • Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.(masa ni bolehla tambah susu pekat manis tu)
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh.
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
  • Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.

Sunday, November 21, 2010

HARI PERTAMA CUTI

Jalan ke KL untuk mengambil barang suami di Masjid Serdang.

Cantik pula bangunan di belakang tu...
Handsome juga kuda di belakang.
Macam ini mesin tenun kain rupanya.

Friday, November 19, 2010

HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN 2010

Wajah ceria kerana dapat mengikut suami
Tetap yakin menyiapkan kerja kak Aini
Cenderahati daripada Puan
Ikatan persahabatan yang terus kekal abadi
Gunakan hadiah periuk itu ya Suri.

SAMBUTAN AIDIL ADHA DI SEMARAK





Wednesday, November 17, 2010

SIBUK DENGAN JAMUAN AKHIR TAHUN

Cikgu Halimatun dan cikgu Sharifah sibuk menghidang
Senang hati cikgu Aini Fauziah
Suspennya dapat apa

Saturday, November 13, 2010

Sunday, November 7, 2010

PENTINGNYA KOMUNIKASI DENGAN ANAK-ANAK.


Peranan ibu bapa dalam mendidik anak tidak dapat dinafikan kerana ibu bapalah yang bakal mencorak anak-anak yang diibaratkan sehelai kain putih. Aspek komunikasi memainkan peranan penting dalam memastikan hubungan dengan anak-anak sentiasa positif dan bermakna. Remaja khususnya memerlukan teknik komunikasi yang berkesan dan rasa dihargai amat didahagai oleh mereka,maka ibu bapa perlu bijak apabila berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi yang berkesan akan menyebabkan remaja berasa selamat dengan ibu bapa kerana ibu bapa sebagai teman paling rapat dalam institusi keluarga.

Saturday, November 6, 2010

MENASIHATI DENGAN HIKMAH

Nasihat adalah untuk menunjukkan manusia ke arah jalan yang benar, bukannya untuk menjauhkan seseorang daripada kebenaran.

Nasihat yang baik wajib disulami dengan bahasa yang indah. Bukannya indah pada bunga bahasa yang kita pentingkan, tetapi tepat pada penggunaan kata.

Kita wajib bercakap tentang kebenaran dan perlu menghiasi kebenaran dengan bahasa yang indah. Kebenaran diutamakan, barulah diserikan dengan bahasa yang indah. Kebenaran yang disampaikan pasti akan berbekas di hati dan bahasa yang indah akan menyedapkan telinga yang mendengar.

Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar.

Tiada gunanya jika bahasa dikarang indah, tetapi tiada manfaat yang dapat diambil. Rugilah pula kalau kebenaran dihambur dengan melulu, sakit telinga yang mendengar dan hati pasti sukar mahu menerimanya. Dan yang terlebih buruk, jika mulut mengeluarkan perkataan yang keji, ditambah pula dengan perangai yang buruk.

Sesungguhnya, bahasa yang indah akan memberikan sinar kepada perkara yang benar. Kebenaran didahulukan, bahasa diutamakan.

Bercakap tanpa berfikir, tanda rendahnya ilmu dan tanda rosaknya akhlak.

Inilah nasihat dan peringatan di dalam Islam.

Benar dalam perkataan dan perbuatan, mengetahui yang benar dan mengamalkannya, taat dalam beragama, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menjawab dengan tegas dan tepat.

Semoga Allah mempermudahkan usaha dakwah Islam dan semoga Allah membukakan hati kita untuk menerima kebenaran.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, November 2, 2010


Remaja (kanak-kanak) berusia semuda 13 tahun juga buang anak!

Bayangkan, adik-adik kita di rumah, anak-anak kita yang berbaju kurung bertudung putih ke sekolah, sopan dan manis sekali, tapi hakikatnya mereka terdedah dengan pelbagai kemungkinan.

Jangan terlalu yakin bahawa anak-anak dan adik-adik kita itu kekal selamanya bebas dari anasir-anasir jahat?

Jangan terlalu berpuas hati dan percaya kepada mereka bulat-bulat.

Kadangkala, perasaan ingin tahu, curiga dan syak wasangka itu perlu. Luangkan masa, siasat dengan siapa anak kita berkawan.

Periksa beg sekolah anak-anak. Jika ada handphone tengok senarai nama dalam telefon anak-anak.

Periksa apa ada dalam hanphone anak-anak. Selidik ada apa dalam bilik anak-anak.

Itu tanggungjawab ibu dan bapa, sebagai usaha mencegah sebarang kemungkinan buruk yang mungkin terjadi.

Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, oleh itu, langkah pencegahan perlu dilakukan dan setiap dari kita harus sentiasa berhati-hati.

Mungkin hari ini kita bertudung labuh, tidak pernah bergaul dengan lelaki apatah lagi berzina.

Tapi tahukah anda? Bukan perkara mustahil, malahan di IPTA juga kita sering 'dikejutkan' dengan kes gadis bertudung labuh ditangkap berkhalwat dengan teman lelaki. Na'uuzubillah.

Bukan niat saya ingin memburuk-burukkan mereka yang bertudung labuh, atau berkopiah (baik budi pekerti).

Namun apa yang saya ingin tekankan adalah, kita manusia mudah terpedaya dengan pujukan dan hasutan syaitan dan nafsu jahat. Jangan mudah berpuas hati dengan amalan yang kita ada.

Jangan terlalu yakin dengan 'tahap keimanan' kita. Paras keimanan kita sentiasa berubah-ubah, ada naik dan turun.

Mungkin hari ini kita terpelihara oleh-Nya dari sebarang kemungkaran tapi esok lusa siapa tahu?

Mungkin juga kita menjadi hamba nafsu dan syaitan. Na'uuzubillah.

Oleh yang demikian. Teruskanlah dan kekalkanlah. Sentiasa berhati-hati dan menjaga diri. Jangan biarkan diri terdedah apatah lagi terjebak dalam gejala zina.

Perbuatan haram yang dilarang oleh Allah pastinya bersebab.

Namun begitu, kita manusia sering merasa 'lazat' ketika memilih yang haram.

Mengapa dan kenapa terjadi begitu?

Apakah kerana ketika melakukan kemungkaran syaitan ikut sama?

Bergembira dan bersorak sorai?

Jadi dengan itulah kenikmatannya berganda-ganda?

Bahagiakah hati jika menjadi hamba dan sahabat syaitan?

Bahagiakah jiwa yang dicipta oleh Sang Pencipta dengan kenikmatan yang sementara itu?

Jangan dekati zina. Ibarat menagih dadah, sekali terkena menjadi gian dan ketagih. Mahu lagi dan lagi, sampai bila?

Sedangkan mati bila-bila masa saja akan datang berkunjung. Layakkah kita mencium haruman syurga apatah lagi menjadi penghuni syurga jika kita mati dalam kemungkaran?

Cukup kuatkah kita untuk diseksa dan diazab di neraka? Na'uuzubillah.

Bersyukur jika kita tidak pernah terjebak dengan zina. Dan seandainya kita sudah atau telah terlibat, segerakanlah bertaubat. Jangan bertangguh. Mohon ampun dan kemaafan dari-Nya.

Ramai orang (merujuk kepada thread-thread yang dibuka di iluvislam.com) risau dan runsing memikirkan masa depan, siapa yang sudi mengambil diri sebagai isteri.

Bagaimana penerimaan orang akibat daripada keterlanjurannya.

Dan ramai yang lupa, hidup di dunia cuma sementara. Akhirat jua yang kekal abadi.

Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah? Bertaubatlah, mohon ampun dari Allah. Selebihnya, serahkan kepada Dia untuk tentukan jalan hidup kita.

Moga-moga ada sinar bahagia menanti di hadapan, tapi usah terlalu berharap.

Andai kebahagiaan selamanya tidak menjadi milik kita di dunia, berbaik sangka, mungkin Allah ingin terus menguji dan mungkin juga Allah sedang 'menyucikan' kita dari dosa-dosa silam.

Biarlah sengsara di dunia yang sementara, asalkan di negeri abadi kelak, syurga menjadi tempat kita mengutip bahagia.

Mari. Sebagai mereka yang cakna dan peduli tentang nasib ummah, masyarakat sekeliling kita.

Ayuh! Kita berganding bahu, membantu selagi termampu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keburukan dan kewajipan untuk menjauhi dan mencegah zina.

Jauhilah perbuatan 'honeymoon' sebelum tiba masanya.

Ketahuilah, persetubuhan antara lelaki dan wanita juga merupakan antara nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Namun janganlah kita kotorinya dengan memilih untuk berzina. Bersabar dan pelihara diri dan kemaluan.

Tunggu masa yang betul untuk melunaskannya. Yakni selepas nikah.

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET