Sunday, April 25, 2010

MENGAPA INI TERJADI?

BACHOK: Satu lagi kes murid cuba terjun dari bangunan sekolah dilaporkan berlaku, kali ini di Bachok, Kelantan.

Dalam kejadian di Bachok hari ini, seorang murid Tahun Lima di sebuah sekolah rendah dikatakan cuba terjun daripada bangunan sekolahnya.


Murid berkenaan memanjat koridor di tingkat empat dan menghayun kakinya ke bawah.


Bagaimanapun cubaan kanak-kanak berusia 11 tahun itu gagal apabila dia berjaya diselamatkan oleh salah seorang guru.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Saipu Bhari Mohd Noor berkata, tindakan guru berkenaan yang bertindak pantas menyambar tubuh kanak- kanak itu berjaya menyelamatkannya.

"Ketika kami tiba di tempat kejadian kira-kira jam 10.45 pagi selepas mendapat panggilan, kanak-kanak berkenaan sudah berjaya diselamatkan gurunya selepas mengambil masa kira-kira lima minit untuk memujuk mangsa," katanya kepada pemberita.


Saipu Bhari berkata, setelah disoal, murid terbabit dari Kampung Aman Kandis dipercayai tidak tahan diejek oleh rakan-rakannya lalu mengambil keputusan nekad itu Dalam kejadian di Perlis, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat sekolah itu, ekoran tidak tahan diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan dikatakan menolak cintanya.-Bernama

No comments:

Post a Comment

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET