Saturday, August 29, 2009

RESPON KEPADA KENYATAAN USTAZ AKIL HAYY

Alhamdulillah Ustaz Akil Hayy selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya iaitu Waheeda.Apa yang mengejutkani ialah kenyataan akhbar ustaz ini yang begitu marah dengan sesetengah blogger yang tidak habis-habis mengutuknya. Itulah risikonya jika sudah bergelar artis ust Akil,setiap tindakan akan diperhatikan,dinilai serta ditafsirkan oleh segenap lapisan masyarakat.
Semua orang ada kelemahan tetapi apabila seorang ustaz melakukan pelbagai perkara yang sepatutnya dielakkan maka berbuihlah mulut masyarakat. Contohnya sengaja keluar menonton wayang dan bersantai di tepi pantai bersama bukan muhrim. Adalah sesuatu yang pelik jika masyarakat berdiam diri tanpa sebarang komen, apatah lagi beliau seorang selebriti yang mengacarakan rancangan tv yang berbentuk nasihat dan mendidik masyarakat. Sudah tentu komen pertamanya adalah " cakap tak serupa bikin".
Banyak tindakan Ustaz Akil yang tidak kena setelah jatuh cinta kepada Waheeda.Kaum wanita terutamanya kaum ibu begitu simpati dengan bekas isterinya Puan Maizawati yang ditinggalkan tanpa sebarang berita selama tiga bulan. Tiga bulan bukan suatu masa yang pendek. Apakah tidak terngiang-ngiang suara anak-anak yang bertanya "mana ayah mak?kenapa ayah tak balik,adik rindula".
Apabila mendapat jemputan berceramah pula Ust Akil tidak melepaskan peluang untuk mengutuk bekas isterinya sendiri dan sesungguhnya perbuatan ini menambah kebencian ahli masyarakat dan bukannya bertambah sayang kepada beliau.Kita tidak kisah jika tiada jodoh dengan Maizawati tetapi jangan hina bekas isteri yang telah penat melalui jerih payah melahirkan anak-anak.
Konklusinya saya mencoretkan pandangan ini bukan benci sangat dengan ustaz seorang ini tapi kita berharap ustaz Akil jangan cepat melatah jika marah dengan masyarakat,sepatutnya berfikir dengan bijak sama ada dengan kata-kata mahupun perbuatan.Jangan minta diturunkan balasan kepada blogger tertentu kerana berasa diri dizalimi. Kadang-kadang jika kita berdiam diri lebih baik daripada bercakap macam orang tidak matang.

1 comment:

  1. Ooooo ! Orang Tk Intan Ke ! teman H.Melintang ada pejabat kat TI tu

    ReplyDelete

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET