Saturday, August 29, 2009

RESPON KEPADA KENYATAAN USTAZ AKIL HAYY

Alhamdulillah Ustaz Akil Hayy selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya iaitu Waheeda.Apa yang mengejutkani ialah kenyataan akhbar ustaz ini yang begitu marah dengan sesetengah blogger yang tidak habis-habis mengutuknya. Itulah risikonya jika sudah bergelar artis ust Akil,setiap tindakan akan diperhatikan,dinilai serta ditafsirkan oleh segenap lapisan masyarakat.
Semua orang ada kelemahan tetapi apabila seorang ustaz melakukan pelbagai perkara yang sepatutnya dielakkan maka berbuihlah mulut masyarakat. Contohnya sengaja keluar menonton wayang dan bersantai di tepi pantai bersama bukan muhrim. Adalah sesuatu yang pelik jika masyarakat berdiam diri tanpa sebarang komen, apatah lagi beliau seorang selebriti yang mengacarakan rancangan tv yang berbentuk nasihat dan mendidik masyarakat. Sudah tentu komen pertamanya adalah " cakap tak serupa bikin".
Banyak tindakan Ustaz Akil yang tidak kena setelah jatuh cinta kepada Waheeda.Kaum wanita terutamanya kaum ibu begitu simpati dengan bekas isterinya Puan Maizawati yang ditinggalkan tanpa sebarang berita selama tiga bulan. Tiga bulan bukan suatu masa yang pendek. Apakah tidak terngiang-ngiang suara anak-anak yang bertanya "mana ayah mak?kenapa ayah tak balik,adik rindula".
Apabila mendapat jemputan berceramah pula Ust Akil tidak melepaskan peluang untuk mengutuk bekas isterinya sendiri dan sesungguhnya perbuatan ini menambah kebencian ahli masyarakat dan bukannya bertambah sayang kepada beliau.Kita tidak kisah jika tiada jodoh dengan Maizawati tetapi jangan hina bekas isteri yang telah penat melalui jerih payah melahirkan anak-anak.
Konklusinya saya mencoretkan pandangan ini bukan benci sangat dengan ustaz seorang ini tapi kita berharap ustaz Akil jangan cepat melatah jika marah dengan masyarakat,sepatutnya berfikir dengan bijak sama ada dengan kata-kata mahupun perbuatan.Jangan minta diturunkan balasan kepada blogger tertentu kerana berasa diri dizalimi. Kadang-kadang jika kita berdiam diri lebih baik daripada bercakap macam orang tidak matang.

Sunday, August 23, 2009

Sudah 3 hari kita berpuasa

Apabila tiba bulan Ramadhan, maka sibukle memasak. Hari pertama menu ikan pari goreng sambal,ikan gerut goreng,buncis masak lemak kuning dan paling digemari anak2 ialah kanji. Selepas terawikh goreng mi,sedapnya sampai terangkat. Hari kedua pula, sotong masak kicap.bawal goreng,sambal belacan,ulam timun n pisang goreng.
Menu hari ini pula sedang difikirkan. Setakat ini belum jejak bazar Ramadhan lagi.Rasanya nak buat kerabu perutle,asam tumis ikan cencaru,bubur kacang. Sibuk sangat dgn memasak sampai nak kemas rumah tak larat. Hari Selasa 26/8/09 periksa ptk dg44 pulak, baca sikit mengantuk,jangan dapat keputusan 1 sudah,buat malu aje.

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN







Jamuan 'Pot luck" terakhir sebelum Ramadhan


Malu pulak Guru Cemerlang ni.


Cikgu sorang ni memang teringin sangat hisap biji
mempelam, dapatpun.Lantak komele nak tangkap
gambar,yg penting biji ni aku punya!




Puan sampai pejam mata,pedas betul sambal
belacan ni,siapa buat?

Mai la makan, esok atau lusa dah puasa.

PERASMIAN SAMBUTAN BULAN MERDEKA


walaupun pakai penutup mulut,ckg2 ni masih
bersemangat mengibarkan bendera tanah air.




Dapat bendera percuma,bertambah semangat le
depa !

Hansomele Pk1 dan Puan Naimah bertambah
comel!







Monday, August 17, 2009

RENUNGAN BUAT WANITA YG BERGELAR ISTERI

Hari ini saya dan teman2 di Sek.Men.Keb.Seri Perak kepoh tentang berita dan gambar seorang yang bergelar ustaz iaitu siapa lagi Akil Hail la! Ceria sungguh depa dengan isterinya apabila dah sah jadi suami isteri. Bukan apa, dulu mati-mati menafikan sekarang tersengih sampai nampah 32 batang gigi.Itulah manusia, bila dah senang macam2 keburukan isteri diungkit, masa susah dulu elok aje.
Kita sebagai isteri mesti bersedia dgn mcm2 perkara yang kemungkinan terjadi pada masa hadapan. Tanam sikap berdikari,jangan terlalu bergantung pada suami sehingga kalau tiada suami, patah kaki tak tahu nak b uat apa. Kepada Ustaz Akil janganlah terus mengaibkan isteri dalam ceramah kerana secara tak langsung buka pekong sendiri juga.Sepatutnya tanggungjawab hang nak didik isteri hang. Sudah dapat gading bertuah tu,kalau betulle gading,entah2 kayu reput!,diam ajele jangan ungkit keburukan dan kelemahan isteri, hangpun bukan baik sangat.
Ingat! Tuhan Maha Berkuasa, kalau belum diuji kehidupan dengan Wahida tu jangan bongkak!
Kepada Maizawati, yakinlah kami para isteri menyokong anda, berjuanglah demi anak2 tercinta.

Sunday, August 16, 2009

HAMPIRNYA RAMADHAN..........

Kau datanglagi melabuhkan tirai. Kenangan tahun lepas masih segar dalam ingatan, namun masa terlalu cepat berlalu. Sayu bercampur bergembira pabila hujung minggu ini kau akan tiba. Ramadhan ohRamadhan, kau datang dengan penuh rahmat dan keberkatan.

Tuesday, August 11, 2009

JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH MENJADI IBU

Kebanyakan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli sama ada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak.
Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka lupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan.
Apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

Monday, August 10, 2009

TIPS TANGANI MARAH

Santapan Rohani
Written by Ommi Kalsom Hj Ibrahim

Dalam kehidupan seharian, khususnya dalam profesion kita sebagai guru, kita memang tidak terkecuali untuk merasa MARAH pada ketika atau situasi tertentu.Perasan Marah atau Amarah yang tidak dikawal dengan baik akan menjejaskan kehidupan dan hubungan. Akibatnya anda mungkin tidak disenangi oleh rakan, mahupun akan menjejaskan prestasi kerja anda. Dengan keadaan minyak naik, harga barang naik & mahal, ini memberi tekanan kepada anda, mahupun kepada pasangan anda. Kesilapan menangani marah akan menyebabkan rumahtangga bergolak dan akan menjejaskan keharmonian rumah tangga. semoga tip ini memberi anda ketenangan dan dapat menangani kemarahan anda
Langkah 1 ( Teknik 5 saat )Ketika darah anda naik disebabkan marah, apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalam. Setelah itu, hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit.
Langkah 2 ( Teknik 10 saat )Tarik Nafas sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas. Selepas itu, turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas. Saat bahu diturunkan, rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.
Langkah 3 ( Teknik 30 saat )Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan krii untuk melagakan otot dan leher. Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih atau sedang marah.
Langkah4 ( Teknik 45 Saat )Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai. Setelah iti, hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambik menarik dan menghembuskan nadas. Dalam pada itu, sematkan di dalam diri bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga. Pastikan anda berasa lega.
Langkah 5 ( Teknik 60 saat )Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti kesetiaan, toleransi, murah hati, tidak mudah marah, rendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain. Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tampalkan di tempat muda untuk anda melihatkannnya. Di pejabat anda boleh menampalnya di atas meja kerja anda atau di rumah, tampalkan di cermin solek anda. Jadi sekiranya anda di serang emosi marah. Lihatkan kembali kertas tersebut untuk mengingatkan bahasa diri anda sebenarnya amat di hargai. Selamat mencuba kita menjadi seorang yang sentiasa ceria dan sabar.

Wednesday, August 5, 2009

SMKSRI PERAK JADI TUAN RUMAH TEATER KOMSAS


Tersenyum pasukan sri perak setelah bergelar juara.Terima kasih ckg Noor Masuri dan ckg Nor Haida


























Monday, August 3, 2009

Saturday, August 1, 2009

PANJANG UMUR DAN MINUM AIR PANAS

PeLuK iSTeRi BoLeH PaNjAnG uMuR .. :)
PETALING JAYA 16 Julai - Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. `


Amalan Minum Air Panas
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ... . Artikel ini berguna untuk semua.Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Secara logik... , mungkin ada kebenarannya. . Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... . dan bukannya air berAIS.

PERINGATAN BUAT DIRI KITA

Assalammualaikum......masa saya kecil-kecil dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yang dia makan ... dan pagi2 sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum dalam cawan yang dia dah minum sebelum tu dan macam biasa, mesti ada sikit baki ...tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam begitu .. dan sampailah saya dah besar panjang ini pun situasi ni still berjalan ...either baki makanan mak atau abah ... tapi kalau baki makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan...kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samadakami perasan atau tidak .... so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam begitu sebab itu petua yang dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua tu.. kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu.saja lah namanya nak menjawab balik memang tak budak walaupun kita tau yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jangan sekali2 makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya .. dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 tak dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dr seorang anak, suruh seorang azan dan seorang qiam ... kemudian berganti2 bacakan doa lepas >solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara pratiknya, inilah yang paling paling paling berkesan sekali ... tak percaya try buat ... solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib."Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET