Rasulullah SAW bersabda:
"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."
Dari Abu Hurairah ra, diaberkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa puasa 27 Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibril tutun kepada Nabi SAW diisrak-mikrajkan." Baginda juga bersabda: "Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dalam bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung."
Diceritakan bahawa seorang perempuan membaca surah Al-Ikhlas di Baitul Maqdis setiap bulan Rejab sebanyak 1200 kali. Dia memakai pakaian bulu di bulan Rejab. Kemudian dia jatuh sakit dan berwasiat kepada anaknya agar pakaian itu dikuburkan bersamanya. Namun ketika meninggal, dikafankan dengan kafan yang elok. Maka si anak bermimpi melihat ibunya berkata, "Aku tidak redha kepadamu kerana kamu tidak melakukan wasiatku." Si anak lalu terbangun dan terkejut. Kemudian anak itu mengambil pakaian bulu ibunya di situ. Dia hairan. Kemudian ada suara memanggil , "Tidakkah kau tahu, bahawa orang taat kepadaKu di bulan Rejab, tidak akan-Ku -biarkan dia sendirian di liang jahat!"
Dirawikan bahawa ketika sepertiga malam dia hari Jumaat bulan Rejab, semua Malaikat memohon diampunkan untuk orang yang berpuasa di bulan Rejab.
Dari Anas ra, dia berkata, "telah bersabda Rasulullah SAW: "Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah 900 tahun." Dan berkata Anas ra, "pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari nabi SAW."
No comments:
Post a Comment