Friday, June 22, 2012

Hidup kita akan terus dicorakkan dgn pelbagai lukisan hidup...sesungguhnya hanya kematian yang akan menghentikan segalanya.  Sesetengah orang akan terus bahagia dan sesetengah orang akan terus derita.Semuanya ada paksi tersendiri iaitu takdir.  Apakah kepalsuan akan terus merajai hidup ini..kadang-kadang kita berasa tak adilnya hidup ini kerana berterusan hidup dengan ujian.  Mengapa mereka yang banyak ilmu tentang Islam,sibuk dengan amar maaruf nahi mungkar pula yang sentiasa menipu.  Tipu isteri,tipu suami.  Inilah akhir zaman,kebenaran seperti buih laut yang terdampar sedih tak dipedulikan.

Friday, June 8, 2012


                                            Sepetang bersama selebriti Aishah.

Monday, June 4, 2012


pa kah hukum menyimpan perasaan menyintai isteri orang ?

JAWAPAN :
Al-hamdulillah ,Al-Jawab :
Jawapan terbaik kepada persoalan saudara ialah : CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL , DAN CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM .
Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :
ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها
Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”
(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)
Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )
Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :
المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه
“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”
WA

Sunday, June 3, 2012

Hidup ini perlukan kita yang berjiwa besar..tenang dalam apa jua situasi,dapat menelan segala ujian yg datang,berani untuk berubah,segar walau ujian panas membara,teguh walau cerucuk kecewa menikam.  Semua ini kerana kita yakin dgn takdir dan kuasa Allah...tidak sedikitpun diragui apa yg ditakdirkanNya....Bangun insan hebat,ayuh kita rempuh cabaran mendatang,yakin boleh!

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET