Monday, December 31, 2012

                               SELAMAT DATANG 2013....SEMOGA KEBAHAGIAAN
                              MILIK KITA....PERUBAHAN ITU LANDASAN KECEMERLANGAN.

Sunday, December 23, 2012


Saturday, December 22, 2012

Monday, December 10, 2012

CETUSAN RASA

Mengapa perasaan kita mudah berubah,daripada peramah jadi pendiam,daripada gembira jadi pemurung,lalu menjadi seorang yang pemarah.  Ya Allah kuatkan iman kami,satukan hati kami sekeluarga dengan rasa kasih dan sayang,janganKau uji kami ya Allah dengan ujian yang takmampu kami hadapi,tenankan hati kami sekeluarga dengan zikirMu ya Allah.Jauhkan kami dari bisikan syaitan dan iblis yang akan meruntuhkan rasa tenang di hati kami,peliharalah keluarga kami daripada nafsu amarah dan rasa resah gelisah.Aminn.

Monday, December 3, 2012

                                                   AYAM HALIA DAN KANGKUNG

Sunday, December 2, 2012

                                                      Nak cari kawan yang nak belajar buat agar-agar ukir ni,RM40 sahaja.

Monday, November 26, 2012


Friday, November 9, 2012

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA RAKAN DAN ANAK DIDIK.

Friday, November 2, 2012

Hari yang berlalu disambut dengan seribu memori dan hari yang mendatang dicabar dengan seribu harapan.  Selamat berjaya buat semua anak didik tingkatan lima 2012,semoga berjaya dengan cemerlang.

Saturday, October 27, 2012

 MENGAIT BUAH RAMBUTAN
SATU-SATUNYA POKOK DURIAN OPAH.

AKTIVITI PMR

Tuesday, October 2, 2012

                                                  Seminggu lagi PMR! Buat Yang Terbaik Ya?

Sunday, September 30, 2012

                               Bahannya;
                             1. 500 gm makaroni,sebungkus daging ayam kisar,2 sudu cili kisar,serbuk lada   (cosway)2 sudu, 1 tin cendawan tin,1 tin krim cendawan,secukup rasa,garam,1.5 inci farmcow,sedikit minyak,1.5 liter air.5 ulas bwg putih,2 labu bwg besar.Tumis bwg2 tersebut yg telah dihirs,masuk cili,ayam kisar,air,garam,secukup rasa ,dan makaroni.Setelah memasak makaroni dengan merebus setelah ditumis dan tidak merebus dulu kerana ini akan mengurangkan kelazatan jus yang diserap oleh makaroni.Selamat mencuba.

Friday, September 21, 2012

                                                        PMR 18 HARI,SPM 45 HARI...

Saturday, September 15, 2012

Friday, September 7, 2012

Suamiku yang rajin bakar lemang.

Maka lahirlah empat ekor anak kucing,apabila cukup 8 hari lahir pula anak Kelabu. Si Comel dapat empt juga anak.

Saturday, August 25, 2012

Cinta Ramadhan meninggalkan memori yang sukar dilupakan namun cinta Syawal sentiasa berbunga...Salam Syawal buat semua,semoga kita berbahagia di dunia dan akhirat.

Friday, August 17, 2012


Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan yang kutunggu kina sudah sebelas hari menjenguk.  Ya Allah,ampunkan dosaku di bulan yang mulia ini,tingkatkan imanku,iman suamiku ,dan iman anak-anakku.  Kami insan lemah yang sentiasa lupa,jangan kau hampiri kami dengan maksiat,jangan kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami hadapi.  Berkati hidup kami ya Allah agar kami selamt di dunia dan di akhirat.

Friday, July 20, 2012

Saturday, July 14, 2012

Friday, July 6, 2012


Friday, June 22, 2012

Hidup kita akan terus dicorakkan dgn pelbagai lukisan hidup...sesungguhnya hanya kematian yang akan menghentikan segalanya.  Sesetengah orang akan terus bahagia dan sesetengah orang akan terus derita.Semuanya ada paksi tersendiri iaitu takdir.  Apakah kepalsuan akan terus merajai hidup ini..kadang-kadang kita berasa tak adilnya hidup ini kerana berterusan hidup dengan ujian.  Mengapa mereka yang banyak ilmu tentang Islam,sibuk dengan amar maaruf nahi mungkar pula yang sentiasa menipu.  Tipu isteri,tipu suami.  Inilah akhir zaman,kebenaran seperti buih laut yang terdampar sedih tak dipedulikan.

Friday, June 8, 2012


                                            Sepetang bersama selebriti Aishah.

Monday, June 4, 2012


pa kah hukum menyimpan perasaan menyintai isteri orang ?

JAWAPAN :
Al-hamdulillah ,Al-Jawab :
Jawapan terbaik kepada persoalan saudara ialah : CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL , DAN CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM .
Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :
ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها
Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”
(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)
Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )
Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :
المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه
“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”
WA

Sunday, June 3, 2012

Hidup ini perlukan kita yang berjiwa besar..tenang dalam apa jua situasi,dapat menelan segala ujian yg datang,berani untuk berubah,segar walau ujian panas membara,teguh walau cerucuk kecewa menikam.  Semua ini kerana kita yakin dgn takdir dan kuasa Allah...tidak sedikitpun diragui apa yg ditakdirkanNya....Bangun insan hebat,ayuh kita rempuh cabaran mendatang,yakin boleh!

Sunday, May 27, 2012


Monday, May 21, 2012


Monday, May 14, 2012


Friday, May 11, 2012

Sempena Hari Ibu , ingin  kucatatkan pengalaman sendiri menjadi seorang ibu. Hari-hari berlalu anak-anakku semakin membesar,suamiku semakin buncit dan aku pula semakin bertambah kedutnya....kini perbezaan usia jelas kelihatan jika aku berjalan dengan suamiku.  Tapak-tapak kehidupan ini begitu perit untuk dilalui apatah lagi apabila hadir orang ketiga yang sudah tentunya akan menghina aku sebagai ibu yang tidak memahami suami sendiri,tak pandai jaga hati suami,tak romantis dan pelbagai tuduhan lagi.  Luluh lagi hati ini kerana terpaksa tertawa di hadapan anak2....sedangkan hati di dalam dirobek-robek.  Jika panjang umurku ingin sekali rasanya hidup seorang,jauh daripada kekusutan dunia ini.  Tinggallah dunia yang penuh penipuan ini....ambillah nyawaku ya Allah kerana aku lemah mengharung ujian ini.

Friday, May 4, 2012

HIDUP YG TIDAK JUJUR

Apa lagi yg penting selain kejujuran.jujur dgn Allah,jujur dgn isteri dan suami,jujur dgn anak2.  Tak semua yg ada dlm hidup kita hargai kerana tak jujur itu ada sesetengah orang anggap itulah kebebasan,Jujur akan sebabkan hidup kita terkonkong...teruskanlah dgn sikap takjujur demi kebahagian sementara di dunia ini.

Monday, April 30, 2012

Tuesday, April 17, 2012

Thursday, April 12, 2012

8 Dewan Himpunan Cina sokong Himpunan Hijau.

8 dewan himpunan Cina sokong Himpunan Hijau
7:09PM Apr 12, 2012
Lapan dewan perhimpunan Cina daripada lapan negeri secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Himpunan Hijau 3.0 dan mengajak orang ramai hadir ke KLCC, Kuala Lumpur pada 28 April ini.

Dewan itu yang memayungi kebanyakan persatuan Cina di negeri masing-masing menyatakan pendirian itu dalam kenyataan bersama mereka hari ini - tindakan yang jarang berlaku sebelum ini.

Dewan terlibat daripada Kuala Lumpur dan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perlis, Sarawak dan Terengganu.

"Tanpa dijangka, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan baru-baru ini mendedahkan bahawa Lynas diberikan lesen mengimport bahan mentah dan sisa simpanan sementara. Kami akan kecewa berhubung perkara ini.

"Oleh itu, kami mengajak semua rakyat dariapda seluruh negara yang peduli terhadap isu alam sekitar untuk hadir dalam perhimpunan 28 April di KLCC, untuk menyatakan muafakat masyarakat sivil menolak bahaya alam sekitar," kata kenyataan itu.

Saturday, April 7, 2012

KEBENARAN YANG DIBENCI...


Hari itu berbodong-bondonglah guru-guru yang disenaraikan ke Dewan Bunga Raya Rumah Rehat,Sepetang bersama Pemangku Pengarah kononnya. Jelas Jabatan Pendidikan telah diperalat untuk kepentingan politik....mungkin mereka nekad kerana kekalahan telah terasa bahangnya. Tidak semua kebenaran diterima di muka bumi ini....ada sesetengah orang terlalu selesa dengan kesenangan yang dinikmati...sehingga takut untuk menegakkan kebenaran...jangan nanti kome tak naik pangkat! Kome ngajor aje jangan fikir benda lain...lantak rasuah yang keliling pinggang. Takda faedahnya yang kome dapat...jangan terkejut jika sahabat baik anda yang berkata sedemikian.

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET