Thursday, June 30, 2011

CINTA....

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)

Sememangnya cinta itu sering kali dikaitkan dengan keindahan, dan sering sahaja mengundang senyuman. Ada yang sanggup memperjuangkan cinta sehingga sanggup pula melepaskan yang dimiliki demi mengejar cinta. Lihat sahaja paparan di media pada hari ini, tataplah berita di kaca televisyen dan internet, bacalah berita di akhbar dan majalah.

Apa yang sering dikaitkan dengan keruntuhan nilai akhlak remaja? Sudah pastilah kerana cinta yang diagung-agungkan sehingga sanggup pula lari dari rumah meninggalkan ibu bapa yang telah banyak berkorban. Hanya kerana cinta, manusia sering saja menghalalkan yang sudah termaktub haramnya. Bukankah sejak di awal usia, kita sering kali diberitahu bahawa penzinaan dan menghampiri zina itu tetap HARAM hukumnya?

Barang siapa yang cintakan sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya. Barang siapa yang mencintai sesuatu, maka dia banyak menyebutnya, mengingatinya, dan memikirkannya (Ibnu Ata'illah – Kitab Al-Hikam )

Tuesday, June 28, 2011

Sunday, June 26, 2011

DIA DATANG........


Ibu siput ni mula menjenguk di halaman rumah....siaplah....

PUTERI SEMARAK 3 SEBILIK


Nama asalnya badak berendam tatapi ditukar kepada Puteri Semarak 3 Sebilik.....

Tuesday, June 21, 2011

19 TAHUN ITU.....

Bumi Semarak yang asing pada tanggal 16.6.1992...
Kini 16.6.2011 muncul....
Ada orang kata guru lama ...
berani membangkang apabila terlampau selesa..
sukar disuruh sebab kepala dah besar...

Mengapa mesti buruk sangka dengan guru lama?
yang lama dah berpengalaman...
tentu bijak mendidik.
keikhlasan itu dibalas dengan pahala.

Monday, June 13, 2011

MENGAPA

Mengapa kita suka biarkan perkara sama berulang,
Mengapa kita buat sesuatu apabila disuruh,
Mengapa kita menyesal apabila dah buat salah,
Tetapi sebelum itu kita sengaja biarkan masalah datang,
Mungkin kita suka dengan masalah yang sama,
Asyik ulang-ulang kesalahan yang sama.
Pelikkan tapi benar.

Wednesday, June 8, 2011

CHICKEN GRILL



Bahan2 untuk perap ayam: jinatan manis ,jintan putih,rempah biji,halia,sos tiram,cili kisar,serbuk kari,garam, secukup rasa,serbuk kunyit,sedilit butter untuk alas dulang.

RUMAH IDAMANKU

Yang bersih dapurnya,
yang berkilat lantainya,
yang tiada kain tak berlipat,
yang tiada pinggan dalam singki,
yang semuanya sempurna,
namun semuanya mesti mendapat kerjasama semua ahli keluarga..jika tidak?

Tuesday, June 7, 2011

Friday, June 3, 2011

PILIH DUNIA....

Bismillahirrahmanirrahim...



بَلۡ تُؤۡثِرُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا 16 وَٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ وَأَبۡقَىٰٓ 17
(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. (16) Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. (17)
( Surah Al-A'laa 87: Ayat 16-17)


Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula. Dunia adalah tempat kita ditipu dan menipukan.

Sumber: www.iluvislam.com

Wednesday, June 1, 2011

PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET