Saturday, June 27, 2009

Thursday, June 11, 2009

Kenyataan Abg Ust Akil

Apabila ditanya soalan tentang kisah terkini Ustaz Akil beliau menjawab " Mudah-mudahan mereka dapat selesaikan cara baik diluar mahkamah " katanya selamba.Lalu menyambung lagi "Memang keluarga kami pun hendakkan perkara ini di selesaikan dengan jalan yang sebaik-baiknya dan segala berita-berita hangat kedua belah pihak di hentikan segera kerana ia akan menambahkan lagi kerunsingan ibu kami ( ibu Akil ).

"itulah luahan hati seorang abang, Abd Hadi terhadap adik beliau Ustaz Akil Hayy yang sedang hangat diperkatakan tentang hubungan Ustaz Akil bersama artis terkenal Waheeda sehingga menyebabkan berlaku keretakan rumahtangga adiknya ( Ustaz Akil ).Apabila gua ajukan soalan sensasi iaitu," Betul ke Ustaz Akil dah khawin ngan Waheeda?" lantas dengan tersenyum berliau menjawab " memang mereka sudah pun berkhawin,dan keluarga pun dah tahu,cuma kesilapan Ustaz Akil ialah tidak menyatakan kepada masyarakat,sehinggakan hubungan Ustaz ngan Waheeda sudah menjadi satu fitnah yang besar sehingga membabitkan keretakan rumahtangganya sendiri," tegas beliau."


Mungkin kedua-dua belah pihak ada membuat kesilapan,maklumlah sebagai suami isteri sudah pasti perkara ini sering berlaku cuma cara penyelesaiannya yang berlainan,selesaikanlah cara betul mengikut lunas-lunas islam dan carilah pihak lebih arif untuk meredakan kembali suasana yang gawat ini,pihak mahkamah juga telah memberi masa untuk mereka selesaikan dulu secara baik,dan kita sama-samalah berdoa" katanya lagi.Beliau juga meminta pihak-pihak media agar tidak memainkan isu ini secara sensasi kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak selesa terhadap ibu serta keluarga di pihak Ustaz Akil." Kalaulah ini sebagai satu kifarah kepada Akil,sudah pasti beliau perlu bermuhasabah agar kembali kelandasan perjuangan yang sebenarnya dan menjadi kebanggaan keluarga." katanya sebagai penutup bicara gua dan Brader Hadi Hai di sebuah kedai makan di Gunung Rapat.
(sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com )

Wednesday, June 10, 2009

Thursday, June 4, 2009

RESEPI PUDING TRIFFLE.

Assalamualaikum, kali ini saya ingin berkongsi resepi puding yang amat terkenal dan disukai oleh ramai guru di SMK SERI PERAK. Antara bahan yang perlu disediakan ialah:


1. 1 tin susu cair
2. 1/4 cawan jus laici
3. 5 sudu tepung kastad
4. 1 tin laici / fruit cocktail
5. Sebiji kek chiffon oren/ pandan
6. Setengah cawan air
7. Secawan Fresh Cream yang boleh didapati di kedai kek


Cara- cara membuatnya ialah:

Kek chifon dipotong nipis-nipis, dan aturkannya dalam sebuah bekas. Kemudian, letakkan buah laici ditepi kek. Siram air laici diatas kek sedikit.

Selepas itu, susu cair tadi campur dengan air dan air laici. Letakkan kastad, kacau sebati. Selepas itu, letak atas dapur dan kacau tanpa henti selama 10/ 15 minit. Apabila pekat, curah atas bekas kek tadi. Sejukkan dan masukkan dalam peti ais.

Putar fresh cream dakam suhu bilik dan letak air sejuk 1/ 2 cawan. Pastikan putar tidak lebih 5 minit. Letak atas puding tadi dan aturkan buah anggur, strawberry atau kiwi (mengikut citarasa anda).

Dan puding tadi sedia dimakan. Cubalah!

CINTA SEBENAR...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

TERIMA SEADANYA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

PENYEBAB MASUK SYURGA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

RENUNGKAN SEJENAK...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

KALI PERTAMA MEMBUAT BLOG...

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga impian saya untuk membuat blog saya sendiri. Dengan bimbingan daripada anak, saya dapat membuat blog untuk kegunaan saya.

Dalam blog saya ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang guru di sekolah menengah, resepi-resepi cetusan idea saya dan banyak lagi.

Saya harap kepada sesiapa yang membaca catatan di blog saya ini akan berpuas hati dan akan mendapat manfaat...

Sekian saja catatan saya kali ini...


















PENGIKUT BLOG INI...

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET

AGAR-AGAR UKIR ZANZAUYAH: RM65 SATU SET